Friday, August 15, 2025

Lunch hari ini dan update Brazil Wood.

Assalamualaikum sidang Jumaat sekalian. 

Sambil lunch ni kita update blog jap.   Kita jadi vegetarian arini.  Bukan kedekut tapi tengah tak selera, sure tak habis kalau oder “binatang2”.    Oh ye… untuk semua ni dan teh ais (tiada dalam gambar) hanyalah RM9.00.  Tak sangka pulak.  Selalunya sambal belacan ciput  yang kita bubuh manja2 kat pinggan pun adik waiter tu caj RM2.

Mesti ada yang pelik..  kejap kat Aussie, kejap kat Malaysia.   Ah.. ai ada tikar zam2 ala kazam.




Ni pula update terkini Brazil wood.   😹.. khas untuk tatapan Kak Umi Alya blogger.  Ai dah ganti dengan air mineral termahal di Malaysia sebab kalau ikut tip2 yang dibaca tak boleh guna air berklorin (kena peram air paip semalaman supaya klorin mendak) baru tumbuh tunas.  Malas plak ai nak peram2 air.  Jadi kita bubuh je air mineral.

Sebelum tu pernah juga bubuh bawang hiris sebagai agen pembiak tunas tapi entah la… macam tu juga kejadiannya.   Tak pe, kita husnuzon je, tunggu sikit masa lagi.  

 


Sekian.  Entri membuang toxic dalam badan supaya aura kembali positive dan jelita.  Byeee.  

7 comments:

  1. sambal belacan biasanya free je..kena charge ye kak..bertabah la kak...ye la..SA pun tertanya2 akak kejap2 kat Aussie, kejap kat Malaysia...leh pinjam ke tikar terbang akak tu..leh pi jumpa akak...hahahahaha

    ReplyDelete
  2. salam jumaat
    bw - https://belogsjm.blogspot.com/2025/08/segmen-blogwalking-jejak-jiwa-dalam.html

    ReplyDelete
  3. bajet T20 Brazil Wood rupanya.. gayanya orang have2 je mampu, angkat kaki le jika gitu..

    tak sabar nak tengok tunas pertama timbul..

    ReplyDelete
  4. Sedap juga menu vege dedaunan je boleh kurang kalori sikit berbanding masakan haiwan.

    ReplyDelete
  5. Menu sayur pun sedaaap 😄😄👍. Saya seminggu sekali detoks , 1 hari tuh hanya makan sayuuuur . Tak boleh yg lain.

    Saya penasaran pula Brazilian wood ini kak. Kok jadi pengen beli juga hahahah. Cobalah saya cek, di sini ada jual atau tak

    ReplyDelete
  6. sampai lagi, ada tunas tak? ingat jika ok, nak beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umi - ternyata sy “Hot Mama” Umi, sampai skg tak tumbuh tunas lagi😂😅. Sy rasa kalau Umi nak beli, beli yg ada tunas siap2 lebih baik.

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.