Zam zam alakazam!!
Alhamdulillah… selamat akhirnya pulang ke Aussie setelah pelbagai pancaroba di jalanan. Semuanya kuasa Allah yang Maha Pengasih memberikan kemudahan di saat-saat genting dan doa Chanel bulus yang dah rindukan Mama.
Sebenarnya, tadi memang dah terlewat sampai airport kerana pelbagai urusan. Sebab beg besar dah tak muat, jadi siang tu ai bergegas la cari beg plastik bercorak kain pelekat RM10 yang fragile sebagai tambahan. Dalam hati terfikir..
“Nak pergi wrapping ke ni nanti kat airport ?. Sempat ke?”
Tapi akhirnya buat keputusan untuk biar je lah. Tawakal je lah.
Tiba-tiba, tengah beratur panjang untuk check in tekit, nampak jejaka dan family dia kat depan ai patah balik dari kaunter sebab disuruh wrapping. Haa… mula lah hati ni rasa cuak!.
Adik Kaunter tanya pulak pasal visa, jam tu la baru ai sibuk godeh2 dalam phone. Eh!. Benda lain pulak yang ai terbagi. Astagfirllah. Tu la akibatnya kalau dah terlambat, benda depan mata pun bleh tak nampak padahal ada je dlm group wassap. (Paling menyedihkan tak sempat pun nak makan. Air pun minum main capai je kat cawan kertas kun yang disediakan di balai berlepas).
Bila sampai di tempat wrapping pulak, alamak, kena beratur panjang pula. Sudahlah, batalkan saja niat. Dan… di sinilah kuasa Allah datang tepat pada masanya. Adik hensem di kaunter senyum dan benarkan tak yah wrap. Sudah la hensem, baik hati pula. Terima kasih Dik.
Nota : Masa haji dulu bawa juga beg sebegini sebab beg sedia ada “beranak” tapi gigih ai ikat tali berkali2 untuk bagi secure sebab perjalanan lebih lama dan barang di dalamnya pula lebih fragile berbanding kali ini.

Merasa beg rm10 tu naik flight ye.
ReplyDeleteBeg Kemboja ni. Biasa jumpa kalau naik bas. Tak sangka pulak beg ni berjaya naik flight. 😆
ReplyDeleteBK - oo beg Kemboja nama dia. Thanks infonya.
Deletenasib adik ensem baik hati...
ReplyDeleteMemang panik lah kalo ke airport di saat serba mepet 😄. Terkadang adaaa saja tak kenanya. Belum lagi kalau antrian panjang. Pernah sekali saya begitu juga, alhasil battery kamera yg sedang saya charge malam, tertinggal 🤣🤣🤣. Jadi selama traveling hari tuh, saya tak ada foto proper. Hp saat itu blm lagi sebagus sekarang. Jadi gambar yg saya ambil pakai hp, pastilah tak bagus2 sangat.
ReplyDeleteSejak itu memang usahakan sangat pergi 4 jam sebelum waktunya. Apalagi JKT macet.