Assalamualaikum uollz!.
Pagi ini telefon berbunyi, sekali terlepas pandang, sebab sangkakan panggilan Scammer.
Rupanya… Achik, dari jauh sedang merindukan ai. Ampun Achikkkk. Miss you too!!! Tunggu ai balik sana nanti kita ngopi ye. Aamiin.
Tersentak hati. Tersenyum sendiri.
Nombor beliau selama ni rupanya ai tersalah simpan,
yang pernah ai call, mungkin orang lain.
Patutlah tak pernah diangkat. Haha.
Achik tu bukan orang muda.
Umurnya hampir sebaya arwah emak ai.
Namun jiwanya kuat, tubuhnya sihat.
Tinggal seorang diri, tanpa anak cucu di sisi.
Tapi pergantungannya hanya satu, pada Allah yang Maha Menjaga.
Hari-harinya diisi dengan al-Quran dan zikir yang tak pernah jemu.
Ada tenang dalam hidupnya, yang sukar nak digambarkan dengan kata-kata. HIDUPNYA TAK PERNAH SUNYI.
Kerajaan Australia menanggung 60% subsidi untuk Care Taker. Alhamdulillah.. datang tepat pada masa, ai dengar pun tumpang happy.
Dan ai hanya mampu berharap…
Moga suatu hari nanti,
negara kita juga mencapai tahap seumpama itu.
Tidak hanya dapat meringankan bebanan warga emas,
sekurang-kurangnya dpt memberi peluang pekerjaan kepada yg memerlukan.
Moga dgn ini dapat membentuk masyarakat yang menyantuni, bukan sekadar memerhati.
Kerana tua itu pasti.
Dan bagaimana kita melayani mereka hari ini, mungkin itulah cara dunia akan melayani kita nanti.
Sebenarnya ai ramai koleksi kawan “warga emas” dari pelbagai negara. Tak tahu sejak bila, tapi dianugerahi dengan sahabat2 yang lebih berusia dan berpengalaman sebenarnya satu bonus.
Ada sesuatu yang menenangkan dalam persahabatan itu.
Cerita mereka, walaupun kadang sekadar sembang petang,
penuh dengan hikmah yang halus.
Ada sindiran yang lembut, ada nasihat yang menusuk terus ke hati.
Satu kisah pernah ai dengar, disampaikan oleh seseorang yang lebih tua dari ai juga.
Ia bermula dengan ayat yang santai, tapi akhirnya meninggalkan kesan yang dalam.
Katanya:
“Ada seorang hamba Allah ni, waktu dia “ada kuasa” dulu…sombongnya bukan kepalang.
Kawan-kawan telefon pun tak diangkat, diajak ngopi..
Katanya sibuk.
Malah yang cuba mendekat pun dipandang sepi. Takut ler tu kawan2 nak mintak tolong.
Sekarang dah pencen, baru nak beramah mesra.
Sayangnya, ramai yang sudah menjauh.
Yang ingin didekati, dah malas nak layan.. dah tawar hati”

Semoga dipermudah urusan tua kita...aamin..
ReplyDeletekita sendiri tak tahu bgaimana keadaan di hari tua nanti.. maka berbuat baik aja lah pada setiap insan baik yg kita kenal tau tidak..
ReplyDeleteReminder sangat ini. Memang kak, di usia dah segini, tak payahlah bersikap sombong, menjauh, tak nak silaturahmi. Usia kita tak ada yg tahu. Kalo nanti tiba2 meninggal, tak ada yg nak mendoakan , semua hanya ingat kejelekan kita saja. Nauzubillah min Zalik.
ReplyDeleteSemua kita pasti ingin teman2 dan orang sekitar mengenal kita sebagai orang baik semasa hidup.
Kurang-kurangi bergosip ttg orang lain. Memang paling betul banyakin zikir seperti achik, supaya hidup dan hati tetap tenang
Sebab tu kena ada banyak or ramai kawan- kawan dari sekarang supaya bila tua nanti ada aktiviti dan x sunyi...dapat buat grup belajar agama dan sebagainya kan kak..akak bila nak ajak SA ngopi ni...ehhh...hahahaha
ReplyDelete