Assalamualaikum guyss.
Terletak di tengah-tengah padatnya aktiviti komuniti, restoran ini seolah membawa kita jauh ke lembah-lembah Afghanistan melalui aroma rempah, nasi basmati yang harum, samosa dan daging yang dipanggang sempurna.
Pilihannya tidak banyak, tetapi cukup untuk membuat kita kenyang dan hilang penat kerana suasananya menggamit kenangan tanah suci, di mana pelanggan-pelanggan kebanyakannya berkopiah dan berjubah putih, sepulang dari mesjid berhampiran. Mostly orang2 Somali. Tapi itu dulu lah.. waktu mesjid belum renovate.
Restoran Afghani ini mungkin tidak besar, namun di situlah letaknya keindahan, dalam kesederhanaan rasa, keramahan pelayan, dan kehangatan komuniti sekelilingnya. Ada sesuatu yang sukar dijelaskan tentang tempat seperti ini, ia bukan sekadar ruang makan, tetapi juga ruang pertemuan budaya dan jiwa.
Pilihan minuman pula selalunya teh panas. Ada kenangan melucukan masa kami datang yg terdahulu. Entah lucu atau sedih, susah pulak untuk diterjemahkan. Teh susu yang dihidang terasa masin, maka kami bagitau nak yang lain.. pun masin lagi. Kali ketiga buat baru manis. Rupa2nya mereka baru lepas kehilangan ibu tersayang, jiwa kacau lah kot.. tak dapat bezakan garam dan gula.
Ketika ini masjid berhampiran sedang dalam proses renovasi. Bahagian luar dipagari, dan papan tanda kecil tergantung di pintu masuk dan beberapa kawasan bertutup dengan kanvas tanda kerja pembaikan masih aktif dijalankan. Bila menjengah ke dalam, kelihatan beberapa palang keluli (beam) melintang sejajar antara satu sama lain iaitu sebahagian daripada kerja pengukuhan struktur asas.
Ruang solat perempuan berkunci buat sementara waktu. Jadi, hanya suami saja yg dapat solat di dalam, sementara ai dengan Cik Q menggedix di luar bangunan menghirup angin petang yang damai. Tapi jika anda ada membawa sejadah dan prayer set, boleh saja solat di kaki lima mesjid ini.
Lokasi : Mirabooka
Tersalah letak gula dan garam la tu. Nak marah kang kesian pulak ye ada cerita sedih kehilangan ibu.
ReplyDeleteAlahai...kesiannya...kehilangan ibu sampai buat air x leh beza gula dan garam...
ReplyDeleteAiiiiih bacanya pun jadi kasian. Dimaklumi lah kalau begitu. Suka kalo dpt lihat mesjid2 di negara lain. Pasti jadi teringin nak sholat. Sayang juga yg ruang wanita ditutup yaa
ReplyDelete