Perjalanan hari itu memang indah, tapi sebagai manusia biasa pastilah tidak dapat lari dari sedikit kelat yang menyelit di antaranya. Bukanlah semuanya smooth macam di alam fantasi. Namun dalam setiap detik, kita belajar bahawa kebaikan selalu mempunyai cara tersendiri untuk kembali pada tuannya, kadang-kadang lebih cepat daripada yang kita sangka. Meh ai kongsikan di sini..
Berkat kebaikan Auntie tu sudi tukar seat dengan ai, beliau dapat seat yang kosong bersebelahan dengannya.
(Kuasa Allah, penumpang di sebelahnya pula tukar seat jugak sebab terpaksa duduk tempat lain, ada air menitik dari atas board - mungkin orang tumpahkan air dlm handcarry kot, kejap je la, lepas tu dah tak menitis lagi). Tapi itu bukan topik besarnya. Topiknya ialah.. kebaikan auntie tu tadi Allah balas serta merta. Masya Allah tabarakallah. Bahagia hendaknya beliau sepanjang perjalanan dengan nikmat kecil itu.
Ini pula kisah masa kat pasar. Rasa macam nak pakai T.Shirt bertulis…. “Hello!. I can speak Jawanese fluently. So be careful what you say 😄” tiap kali berada dalam keramaian. Please jual di toko. Sebab rasa tak selesa bila orang layan kita dengan ramah tapi di hati ada serumbal berduri. Hahahaha. Tapi yang anehnya kami beli jugak dengan orang tu. Bukan blankon tapi yg satu lagi tu. Oh.. udeng.


takut nya kalau jadi macam situasi kedua tu..bukan takut orang gosipkan pasal kita, takut tergosip pasal orang..
ReplyDeleteOh kalau saya dan suami memang langsung kasih tahu jika paham bahasa dan orang itu ternyata tengah gosip ttg kami kak. Biar malu sekalian 😅😅. Tak sukaaa lah dengan orang yg berani cakap belakang begitu.
ReplyDelete