Assalamualaikum wbt.
Bersiaran dari Negara Matahari Terbit.
Keletihan sepulang ronda-ronda Shibuya, berpusing-pusing di zebra crossing (ya la kan tengah viral Shibuya zebra crossing ni) kita pun ikut2 la trend selfie2 dan berpusing2 kat situ dah jadi macam budak2 sebab bawak pun budak2. Ia adalah laluan pejalan kaki tersibuk di dunia.
So, sebab penat, entri kali ni kita fokuskan dulu kepada aspek yang paling praktikal sepanjang perjalanan, iaitu akses kepada makanan halal. Mr BBjr yang turut serta percutian kali ini banyak membantu untuk cek melalui apps mana-mana ingredients yang halal atau meragukan. Pepagi buta dah terpacak depan Family Mart mencari frozen foods untuk dibawa balik ke hotel.
Kempunan nak makan sandwich kat Japan ni. Bayangkan, walau pun sandwich telur, jawapan diberi “doubtful ingredients”. Pastilah bukan kerana telur tetapi mungkin ada kandungan yang meragui pada roti yg digunakan. Jadi kita makan lah spaghetti pulak untuk sarapan pagi. Alhamdulillah apa adanya.
Dari segi kos, sekitar RM100 sahaja untuk beberapa jenis lauk. Nasi telah dimasak lebih awal sebelum keluar berjalan tadi.







Sedar-sedar Puan Sam di Jepun.
ReplyDeleteHaah ingat tadi buat nasi impit. Nasi di Jepun memang nampak melekit.
NA - Rindu beras Malaysia 🥹😅
DeleteIngatkan memang nasi impit tu.
ReplyDeleteOo terlebih air nasi ni ye kak...takpe la macam nasi impit janji halal dan kenyang...
ReplyDeleteW’salam Kak Hjh, semoga baik-baik saja hendaknya.. Sekali pandang gambar nasi tanpa baca memang sangka nasi impit.. ini bukan kes nasi dah jadi bubur tapi nasi dah jadi nasi impit 🤭.. Have fun in Japan 🤗
ReplyDeleteAiiiih nasinya unik pula yaa. Dulu saya beli nasi instan dj sana yg cukup panaskan pakai microwave. Untuk normal jadinya 🤣. Kalau padat begitu LBH sedap makan dengan yg berkuah agaknya
ReplyDelete