Tuesday, December 23, 2025

“Hantu Penat” dah lari ikut kawan-kawan dia kat taman bunga.

Assalamualaikum guyss!!

Ai suka aktiviti shopping berbanding ke taman bunga, tapi untuk melengkapkan percutian di Osaka, kena la layan impian anak-anak untuk menghirup udara Tsurumi Ryochi Park.   Nasib baik pegi lebih awal sebab keesokan harinya Osaka hujan lebat.

Taman ni lebih kurang macam Kingspark cuma bezanya pohon-pohonnya lebih banyak yg menguning merah dan tak banyak sangat bunga-bungaan.   Mungkin jika pegi ketika spring, ia akan lebih cantik lagi kot.




Selalu nampak buah (buah or bunga?) ni kat pokok plastik je, rupa-rupanya wujud ye di alam reality.   I see.  Sorry sebab snap ketika ia tak cantik.  Banyak lagi yg cantik tapi masa tu bateri phone dah kong.




Tak dapat nak naik train biru tu, malas nak beratur kat kaunter.  


Oh ye.. motif ke sini ni sebab Cik Q nak tengok castle.  


Tapi idok ler Mama and Abah nak join memanjat tangga tu.   Biar la bebudak dua tu je pegi.   Kitorang selfie-selfie kat pinggir bukit je.




Tidak lengkap rasanya jika menjejakkan kaki ke sini tanpa sekeping selfie di kincir angin ini. Walaupun penat, ai gagahkan juga mendaki. Malu pula rasanya melihat ah soo2  Jepun yang jauh lebih berusia pun kelihatan steady, melangkah dengan penuh tenaga.  Siap pimpin cucu lagi.

Jadi setiap kali rasa penat menjengah, ai lawan dengan jogging kecil, mempercepat langkah menuju ke puncak. Padan muka si “hantu penat”, siapa suruh ikut ai? ๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„ Akhirnya, “hantu penat” pun malu sendiri untuk singgah lagi. Lari dia ikut kawan-kawan dia di celah-celah pohon bunga tak kasat mata. Kekeke.  Sejak itu, penat pun ghaib dan badan rasa segar. Alhamdulillah.

 

No comments:

Post a Comment

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.