Friday, December 19, 2025

Japan Part III - Tempat solat & Beli Beras

Sekali lagi singgah makan di Cinta  Jawa Cafe, Shibuya.  Aritu kan lupa nak snap.   Besar ruang restoran ni, kelihatannya macam ada dua ruang berbeza.   Kali ni pegi ke ruang yang satu lagi.  Suasananya sedikit berlainan, tetapi tetap selesa.

Terletak di kawasan yang boleh dianggap prime area, tentu sahaja kos sewanya bukan kecil. Namun dari situ sudah dapat dibaca kehebatan dan keberanian pemilik restoran ini. Bertahan dan berkembang di lokasi sebegini, di negara orang pula, bukan usaha biasa-biasa.




Lokasi : Kokusai bld A, 4F, 13-16 Udagawacho, Shibuya, Tokyo 150-0042, Japan.


Sebelum sampai ke situ, melintasi kedai ni.  Kat sini la kami beli beras yang serupa nasi impit kemarin. Rasanya cukup la sekadar itu.  Ai tetap rindukan my basmathi.  Kepala pula tengah senoneng akibat diet kaffien ke laut dan termakan mochi (mochi kat Jepun ni sedap).  Jadi bila makan “nasi impit” tu menambahkan lagi senoneng.

Oh ya, di shopping complex PARCO di Shibuya  ini tersedia ruang solat.  Tempat mengambil wudhu juga ada tapi jika anda dapat mengekalkan wuduk dari rumah lebih baik kerana ia berkongsi dengan jemaah lelaki.   Ai tiada isu dalam hal ini kerana diapit oleh 2 orang “body guard” lelaki  yang setia menemani.   Maghrib masuk terlampau awal dlm pukul 4.00 pm, memang tak sempat jika nak balik semula ke hotel untuk jamak zuhur dan asar.


6 comments:

  1. Beberapa hari x singgah rumah akak, tau2 pi Jepun ye...first time SA dengar perkataan Senoneng...hehehe...ssmoga akak dh sihat ye..

    ReplyDelete
  2. Dh mcm vibe mkn di kedai siam, ada tomyam ada kangkung belacan tp di negara matahari terbit... hehehe... awalnya maghrib di sana... mlm panjang ke skrg di jepun kak?

    ReplyDelete
  3. bertapak di negara orang sudah tentu nya memerluan kekuatan yang sangat hebat

    ReplyDelete
  4. Senoneng = masuk angin kaa Kak Hjh? Baguslah restaurant Cinta Jawa Cafe, Muslim friendly ada ruang solat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. LZ - kat resto tu tak de tempat solat tapi kat shopping complex- PARCO.

      Delete
  5. Saya nih memang tak pernah lah makan di restoran Indonesia kalau traveling ke luar negara 😅😅. Krn dari awal tujuannya pasti nak makan lokal foods. Jadi tak pernah mencari atau coba makanan negeri sendiri atau makanan yg buat lokal nya 😅😅. Kecuali mungkin jika makanan lokalnya saya tak suka, macam di Turkiye, memang tak masuk. Jadi ketika ketemu Korean resto, langsung happy 🤣🤣

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.