Assalamualaikum guys…
Ini adalah kisah happy yang bertukar sedih. Tapi bagaimana pula endingnya?. Kena baca sampai habis. Hari tu kan ai ada bercerita, macam mana ai “memaksa” anak bujang ai untuk join satu video contest mewakili syarikat kami. Paksa versi mak-mak, penuh doa dan harapan, cuma disampaikan dengan nada tegas sikit. 😁.
Anak ai pun menyahut cabaran itu. Kebetulan itu memang minatnya.
Shooting sana sini, ulang ambil angle, siap beli props segala bagai. Buat kerja-kerja edit sampai jauh malam.
Alhamdulillah, usaha berbalas hasil.
Menang. Bukan juara, tapi cukup membanggakan Mama dan Abah. Masya Allah tabarakallah.
Gambar tidak berkaitan: Ini Airport Osaka. ✈️
Seminggu berlalu. Dengan memakai pakaian formal dan penuh protokol, maka berkejaranlah Mama, MrBBjr dan Cik Q ke tempat kejadian untuk mengambil hadiah.
Bergambar dengan pihak penganjur, piala yg comel dan penuh simbolik, vouchers bernilai besar dalam tangan.
Happy kemahen, sebab itu impian setiap anak, membanggakan ibu dan ayah.
Balik tu kami naik train.
Berbual ringan, penuh senyuman dan rancangan.
Sampai hotel…
sunyi.
Voucher tu hilang.
Cari dalam beg.
Seluk poket.
Ulang cari.
Tak jumpa.
Sedih itu datang bukan sebab nilai semata-mata,
tapi sebab voucher tu simbol usaha dan keberanian mencuba.
Mungkin Allah ingin memberikan pembalasan-Nya, sebab terlupa untuk menyebut “Masya Allah”. Ahhh macam-macam la yang terbit dalam fikiran ketika itu sampai penyakit ain (evil eye) pun dipersalahkan. 😅😅 Kalau ai sedih, tentu MrBBjr lebih dua kali ganda sebab dia yang hilangkan. Rasa menyesal pun ada sebab tak terus menyimpannya dalam beg Mama.
“Tak apa Syg, mungkin ada rezeki lain.”
Dah call station, tak berangkat, kami bergegas kembali ke stesen. Pegi dengan harapan yang nipis tapi mengulang baca surah al insyirah.. dengan sejuta harapan pada-Nya.
“Syg. Ma nak pesan ni, meski apa pun jawapannya nanti, harus redho.,”. Pesanku berkali2.
Wajahnya sugul tapi mengangguk.
Dengan menunjukkan gambar sampul dan voucher yang sempat disnap tadi, Mr BBjr bertanya pada tuan kedai serbanika di train station.
Dan di situlah rupa-rupanya Allah pulangkan semula senyuman kami. Voucher itu ditemui di kaunter. Tuan kedai menyimpannya dan memilih untuk berlaku jujur.
Di tengah dunia yang sering buat kita sangsi,
masih ada manusia yang memulangkan apa yang bukan miliknya.
Kisah ini bukan sekadar tentang voucher yang kembali,
tetapi tentang kejujuran,
tentang rezeki yang memang tak ke mana,
dan tentang hati yang belajar untuk bersangka baik.
Nota penting : Bila menang sesuatu, cepat2 snap. Bila hilang, kita masih ada bahan bukti jika berlaku kehilangan seperti ini.

Tahniah atas kemenangannya...
ReplyDeleteAlhamdulillah, masih ada rezeki dan membuktikan masih ada orang yang baik dalam dunia ini..
Thanks Linda. Alhamdulillah.
DeleteTahniah. Alhamdulilillah syukur dapat semula jika itu dah ditetapkan rezeki kita.
ReplyDeleteThanks Cie.
DeleteAlhamdulillah jumpa semula.
ReplyDeleteBagus juga Puan Sam tidak marah anak. Malah tenangkan anak.
Thanks NA.
DeleteSbb takut dia bertambah stress, jadi maknya kena cool lebih.
tahniah. alhamdulillah masih ada rezekinya
ReplyDeleteThanks Lydia. Alhamdulillah.
DeleteNasib baik jumpa semula.. rezeki x salah alamat.. masih ada lg org yg jujur kan?
ReplyDeleteMana gambar vouchernya kak? Nk tgk jugak
Kakmim - sorry..vouchernya terpaksa dirahsiakan 😁. Sbb ia sebuah company besar yg terkenal.
DeleteAlhamdulillah, masih rezeki ya kak. Memang tak akan kemana ☺️☺️.
ReplyDeleteAlhamdulillah Fanny.
DeleteAlhamdulillah rezeki tak salah alamat kan kak..kalau dah ditakdirkan rezeki pasti ada...tahniah dari SA atas kemenangan...
ReplyDelete