Wednesday, December 24, 2025

Ramen Asli di Wagyuteh, Osaka

Assalamualaikum guysss!

Sebelum ke Japan, rajin juga buat research.  Ada la terbaca orang menulis, kalau ke Japan haruslah cari ramen sebab resepinya asli dan lebih sedap dari di Malaysia.   Wah!.  Terus teruja la hati untuk mencuba. Pastu..  di suatu senja ketika hujan lebat kami pegi ke satu restoran ni (tak boleh sebut nama, BUKAN RESTORAN dlm entri ini ya). Kami diminta tunggu kat luar dlm kesejukan.  Dah tulis nama pada buku yg disediakan.  Tak lama pastu.. ai tengok ramai orangg silih berganti masuk ke dalam tanpa halangan. Senja kian berlabuh.  Hantu mula membisik.  Keimanan pun tergugat. “Hantu Penat” pun muncul lagi.  Ai jengah ke dalam dengan muka menyinga (tipu).  

Adik yang menyambut kami dipintu luar tadi  terus bagi kami duduk gara-gara mukaku yang ayu dah bertukar jadi hulk hogan.  Ramen pun dihidang.  Entah kerana hati yang kesal kerana lambat atau resepinya yang sederhana yang membuat rasa ramen tu sederhana saja, rasa macam Pelancong Malaysia tadi tu over claim je.  Yih.  Atau pun mungkin ai dah terbiasa jumpa ramen serupa di Perth kot.


Tapi……


Hari berikutnya… kami dah jumpa RAMEN HEBAT.  Mungkin ini lah agaknya yang dimaksudkan oleh Pelancong Malaysia tersebut.    Masuk je ke dalam  disambut dengan “Assalamualaikum “.   Bayangkan muka Jepun tapi bagi salam.  Handsome kan?. 



Highly recommended!.   Ai bagi 9.5 out of 10.   


Yang hitam tu serunding daging. Garlic dan daun sup. Chef menjelaskannya dalam Bahasa Jepun, ai mengangguk-angguk konon-konon macam faham sangat.



Dalam ruangan ini heater kuat.  Di luar hujan lebat tapi badan tetap hangat. Tempat menggantung jaket disediakan.




Yang ni suami punya.  Sampai dah sejuk tunggu beliau cari cenderhati untuk si Ain yang tak ikut dalam trip ini.


My son and I oder yang ni.   Memang sedap giler!.  Waghyu ramen.   Cik Q oder chicken apa tah, malas nak ambik pot sebab ai terlalu khusuk menghabiskan yang ai oder tanpa menoleh kiri kanan.  Meja kami bukan mengadap tapi sebaris lurus (bar concept). Depan kami Chef2 sedang memasak.



Nampak ada tempat cas phone.   Kot kalau phone abis bateri di tengah2 bandar Osaka, talian hayat masih ada.  Cuma usb je la kena bwk, sebab tak disediakan.

Pulangnya dihantar lagi dengan “Assalamualaikum” oleh Chef Jepun tadi.  


Sekian.


p/s. :   Just my personal opinion.

1 comment:

  1. Nampak sedapa Waghyu Ramen akak tu..kalau SA sekejapan aje licin tu kak..fav makanan bersup mcm ni...

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.