Wednesday, December 3, 2025

Random photos hujung tahun 2025

Assalamualaikum uollz!.

Untuk tidak terus tenggelam dalam dunia rekaan bercampur benar itu, eloklah kita beralih kepada perkara yang lebih ringan dan menyenangkan. Kadang-kadang sendiri yang menulis (cerpen) pun boleh sakit hati apabila membacanya kembali.  Jadi, mari kita imbas semula beberapa foto rawak yang membawa kenangan tersendiri.

Bagi anda yang masih berminat untuk membaca cerpen-cerpen saya tersebut, pautannya ada di sini. 

1)   Kifarah Part 1.

2).  Kifarah Part 2.

3).  Kisah Seram.



Kami ke SPA aritu.  


Sedap juga nasi goreng kampung dari Mesra Cafe, Petronas ni.  Hubby bawak balik, agaknya menyangka ai tak masak kot.   Bagus dorang ni, kualiti makanan dan kuih muih yang dijual di kiosk juga memang terjaga dan sedap2 belaka.



Sebenarnya lupa nak beli bawang masa shopping aritu sebab menyangka bawang besar masih banyak lagi.  (Rupa-rupanya buah jambu air menyamar dalam mangkuk).   Jadi masakan semua ni tidak berbawang merah.. tapi alhamdulillah tetap sedap.   Karipap tu dari Ramly Food je.  Tapi sedap tau, dua bungkus ai beli, sehari je dah nak habis.



5 comments:

  1. Alaaah saya tak sempat lah coba kopi atau makanan di cafe2 dalam area petrol. Pas di Ipoh, saya dan suami banyaaaak berjalan. Jadi kadang kami masuk Petronas jika nak mampir toilet. . Ada lihat memang supermarket ya, tapi tak mampir sebab tujuan wiskul (wisata kuliner) nya banyak sangat. Jadi kuatir kenyang hahahahahha.

    Padahal banyak temen2 bilang, makanan atau kopi di area Petronas tuh sedap2 😁

    ReplyDelete
  2. Kadang kalau x bawak bekal ke atau muak membeli kat area opis SA akan beli di Petronas pepagi tu...memang vendor yang hantar makanan ready to eat tu menjaga kualiti makanan mereka...

    ReplyDelete
  3. Apa?? kak mm pergi spa?? nasib bukan spa yg viral tu ek... hihihi... tgk nasik goreng tu teringat nasik goreng makcik cleaner masa di kampus dulu.. sedap dan pedas, murah plak tu

    ReplyDelete
  4. wahhhh bestnyaa pergi spa! terus teringat drama Spa-Q dedulu ahakss~

    betul sgt food vendor di Petronas semua sedap-sedap!

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.