Assalamualaikum wbt.
Di hujung-hujung lebaran, kami beraya di Kota 1000 Mesjid, iaitu Lombok, Indonesia. Dahulu, saya agak skeptikal setiap kali mendengar tentang lelaki Lombok. Mereka sering dikaitkan dengan cerita melarikan anak dara orang. Jadi saya agak “seram”. Hihi. Tapi dalam seram2nya saya, saya masih optimis ketika itu bila terbaca entri abang saya yang bertajuk “Rahsia kenapa ramai terpikat dengan jejaka Lombok?”. Mcm tu kot tajuk dia.
Namun, bila diberi peluang melihat dan merasai sendiri kehidupan di sini, barulah faham bahawa di sebalik cerita culik menculik itu, tersimpan nilai dan adat yang telah lama berakar. Ia bukan sekadar kisah “melarikan”, tetapi satu tradisi yang ada aturan, persetujuan, dan makna tersendiri dalam masyarakat mereka.
Alhamdulillah, diberi peluang menyantuni pengantin di Rumah Adat Sade, iaitu perumahan masyarakat Sasak yang unik dan menarik. Sasak ialah nama suatu kaum di Lombok, dan kebanyakannya beragama Islam, indah dengan cara hidup yang masih kuat berpegang pada adat dan tradisi.
Salah satu keunikan budaya di sini seperti yg saya sebutkan tadi ialah adat “menculik” bakal isteri, atau lebih dikenali sebagai merariq.
Berbual dengan pak supir yang juga pernah melalui adat “menculik” ini, dari ceritanya, jelas bahawa adat ini bukan sekadar perbuatan spontan, tetapi ada aturan dan persetujuan yang difahami dalam masyarakat mereka.
Beliau juga berkongsi bahawa masih ada dalam kalangan masyarakat yang mengamalkan ilmu pelet untuk memikat gadis yang disukai. Nasihat beliau kepada gadis2 di luar sana :- jika menerima makanan daripada seseorang, ingat siapa yang memberinya. Dengan itu, katanya, ilmu tersebut akan kurang menjadi. Moga kita semua dilindungi.







Unik!
ReplyDeleteye ebtul tu kak..dulu SA pun skeptikal gak..memang adat mereka sebenarnya..bukanlah culik buta2 tapi dah ada aturan...menarik...lagi satu SA suka Lombok sebab makanan dan scenery yang cantik2..SA dah explore Rumah Adat Masyarakat Sade...seronok belajar sesuatu yang baru kat sana...rumah mereka pun unik dan xde pun bau najis lembu kan kak...
ReplyDeleteBab² culik tu la skeptikal kan..kadang tu buat di luar kawasan sendiri, tu yang kita risau...hihihi
ReplyDeletesiapa yg kawen dgn org lombok ni kak? sy jarang jugak la baca pasal adat lombok ni..tq dah share cerita & info
ReplyDelete