Nak buat apa-apa kena istiqamah, beb! Barulah ada impaknya dalam hidup kita.
Selawat - istiqamah.
Istighfar - istiqamah.
Mengaji - istiqamah.
Sedekah - istiqamah.
Apa-apa saja amalan baik, buatlah walaupun sedikit. Yang penting, berterusan.
Teringat allahyarhamah Tun Hasmah yang istiqamah membaca Yassin setiap hari.
Saya sendiri pernah mendapat nasihat daripada seorang silent reader blog ini, sekitar tahun 2008. Beliau PM saya dari luar negara di FB dan menyarankan supaya saya membaca Yassin setiap pagi.
Ajaib juga kan?. Orang yang kita tak pernah jumpa, hanya membaca tulisan kita dari jauh, tiba-tiba terasa nak menyampaikan satu nasihat yang baik.
Mungkin sebab tulisan saya waktu tu ada aura-aura kemurungan kot. Hahaha. 😆. Biasa ler, waktu tu kan saya Mem Besar (Suri Rumah). Macam2 dihadap sampai burn out. Yang anehnya, kita bukan tulis straight forward pun, tapi asbab beliau tu orang halim, bagai dapat membaca di balik yg tersirat.
Lepas dpt nasihat tu, saya tak adalah terus istiqamah membaca Yassin setiap pagi pun. 😆 Tapi sampai sekarang saya masih ingat dan sangat menghargai nasihat tu.
Begitulah antara kenangan manis sepanjang saya berblog.
Dan mungkin tanpa saya sedar, istiqamah menulis pun telah membawa saya sampai ke hari ini. Impaknya… alhamdulillah daku tak nyanyuk utk mengingat tarikh2 penting dlm hidup.
Saya ada seminar di Putrajaya semalam. Letih sebenarnya. Tapi buat2 happy je. Walau pun penuh makanan yg sedap2, sy terpaksa minta diri awal sebab nak menghirup udara tasik.
Dlm pada saya penat dan tak sabar nak balik tu, tetiba all a sudden kakak saya text, dia kata saya dah lama tak grounding dgn alam. Eh!. Macam tau2 plak kakak sy ni. Once habis seminar sy pun berkaki ayam keliling tasik. Tros kembali bernyawa. Rasa tak sabar nak balik OZ. Di sana lah erti rehat yg sebenar.
Oh ye. Semalam, Datin Korma (bukan nama sebenar) bertanya, ha ini lah isi cerita tentang tajuk atas tu, bukan saya yang DATIN. Kusss semangat.
“Miss Mirror… kat mana U menulis dulu tu? Bak sini lah I nak baca.”
Saya tergelak panjang, tapi saya tak akan berinya lagi.
Bukan sebab merajuk. Cuma saya rasa kasihan.
Dulu kehidupannya selesa, selalu travel ke sana sini. Sekarang banyak perkara dah berubah dan beliau sedang menyesuaikan diri dengan kehidupan baru selepas perceraian, menjadi bried winner dalam keluarga.
Jadi sengaja saya rahsiakan je blog ni darinya sebab saya tak mahu cerita-cerita saya tentang kerja, travel, shopping, atau makan-makan ini membuatkan dia berasa tertinggal dalam hidup atau menambahkan hiba di hatinya dan menyukarkan dia utk move on dari masa lalu. Walau pun kisah ai ni sekadar kisah2 org2 marhein je beb. 😀. Sesaja je untuk content bosan-bosan. Haha. Tapi penerimaan pasti tak sama bagi orang yg sedang dalam fasa move on, ibarat macam sebijik gelas, kejap2 dimasukkan air sejuk tetiba orang tuang air panas. Pasti akan retak 1000.
Jadi, selain istiqamah dalam berbuat baik, mungkin kita juga perlu belajar istiqamah menjaga hati orang lain. Sebab kita tak tahu kebaikan apa yg boleh membawa kita ke syurga.
P/S : Patut la ada sorang member saya tu, beliau sebenarnya seorang Datin, tapi mati-mati tak nak mengaku. Mungkin itu lah persiapannya supaya bila “terduduk” tak de la berat sgt nak move on. Sebab dunia ini adalah tentang roda, ada kala di atas adakala terpancit di tengah jalan.


No comments:
Post a Comment
"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.