Showing posts with label Chicken pox. Show all posts
Showing posts with label Chicken pox. Show all posts

Monday, February 14, 2011

Intan Berlian

Oh! Chicken Pox!!!
Bukannya I tak nak update entry.... tapi takut ada yang bosan.... tak habis-habis cerita tentang sakit. Tapi sejak semalam, I dah boleh buat kesimpulan mengapa I aritu tetiba  diserang demam, sakit perut, badan mengigil2 kesejukan.... rupa-rupanya I nak dapat "intan berlian" kat muka I ni. Wah! Kaya!!!!.  

Sekarang ni I sedang menghayati bagaimana serangan "intan berlian" a.k.a chicken pox yang orang kata.... makin tua kita dapat, makin sakit, lebih baik kena masa kita kanak-kanak. Betul jugak la kan.... kalau kita kanak-kanak, mana kita nak pikir masak ke, buat kerja rumah ke, kalau kita sakit, kita duduk diam-diam rehat. Bestnyaa. Kalaulah bondaku ada di sisi ketika ini, pastu beliau masakkan I sup panas-panas. I baring tido... baring tido. Berkelubung.. kan best.
Qistina yang telah mendapat serangan itu beberapa hari lebih awal dari I nampaknya dah berlari-lari. Kesian dia, habis penuh mukanya. Terpaksa cuti sekolah 7 hari kerana dibimbangi menjangkit pada teman2 yg lain.

Teman-teman menasihatkan I, jangan memasak. Amboiii....... tak semudah itu. Abih anak-anak I nak makan apa? Entah la... I pun tak suka menyusahkan IRP untuk tapau makanan2 dari luar. Teringat dulu time I mabuk pregnant, hari-hari makan nasi lemak... hee muaknya. Kalau sehari dua, takpe la. Ni pun tadi dah muak makan soto Mak Bedah (bukan nama sebenar).

Eh napa ha orang cengkering tak bleh masak? Tak paham la I? Tapi orang kata, jgn makan kicap, nanti parut menjadi hitam... hai terpaksa la kami puasa makan kicap.

That's why, selama tempoh I sakit cengkering ni, I masak resepi-resepi yang simple je. Janji ada benda untuk dimakan. I cadangkan beberapa resepi simple untuk uoll masak ketika sakit :-

1) Kalau beli lauk, pastikan yang telah dibuang kulit (fillet), senang nak proses... boleh buat menu di bawah atau sup.

Gambar dr google

ii) Buat je kambing/daging bakar - beli yang telah siap dipotong
 

iii) boleh la masak singgang ke, sup dll.

1v) Masak je sardin.

v) Jgn lupa penuhkan fridge dgn menu-menu instant spt donut, pizza dll... at least kalau anak-anak lapar... tinggal panaskan je.

Tapi minggu ni memang tak boleh la nak cerewet-cerewet sangat makan, semua kena makan apa yang ada je. I tak akan memasak lebih dari satu jenis. Kepala pun berdenyut... ya Allah macam nak tercabut. Macam gini rupa-rupanya sakit cengkering. Sib baik la belum merebak ke 2 belah tangan. Kalau tak memang tak boleh buat kerja kot. Kalau sampai ke stage tu, bermakna I terpaksa la order pizza je.

Ello uoll, ada menu lain tak yg lebih simple yg boleh uoll cadangkan? Sian I... time macam gini... takde pulak kengkawan yg singgah rumah, antar lauk ke?? :P........... sedih T __ T.