Monday, February 14, 2011

Intan Berlian

Oh! Chicken Pox!!!
Bukannya I tak nak update entry.... tapi takut ada yang bosan.... tak habis-habis cerita tentang sakit. Tapi sejak semalam, I dah boleh buat kesimpulan mengapa I aritu tetiba  diserang demam, sakit perut, badan mengigil2 kesejukan.... rupa-rupanya I nak dapat "intan berlian" kat muka I ni. Wah! Kaya!!!!.  

Sekarang ni I sedang menghayati bagaimana serangan "intan berlian" a.k.a chicken pox yang orang kata.... makin tua kita dapat, makin sakit, lebih baik kena masa kita kanak-kanak. Betul jugak la kan.... kalau kita kanak-kanak, mana kita nak pikir masak ke, buat kerja rumah ke, kalau kita sakit, kita duduk diam-diam rehat. Bestnyaa. Kalaulah bondaku ada di sisi ketika ini, pastu beliau masakkan I sup panas-panas. I baring tido... baring tido. Berkelubung.. kan best.
Qistina yang telah mendapat serangan itu beberapa hari lebih awal dari I nampaknya dah berlari-lari. Kesian dia, habis penuh mukanya. Terpaksa cuti sekolah 7 hari kerana dibimbangi menjangkit pada teman2 yg lain.

Teman-teman menasihatkan I, jangan memasak. Amboiii....... tak semudah itu. Abih anak-anak I nak makan apa? Entah la... I pun tak suka menyusahkan IRP untuk tapau makanan2 dari luar. Teringat dulu time I mabuk pregnant, hari-hari makan nasi lemak... hee muaknya. Kalau sehari dua, takpe la. Ni pun tadi dah muak makan soto Mak Bedah (bukan nama sebenar).

Eh napa ha orang cengkering tak bleh masak? Tak paham la I? Tapi orang kata, jgn makan kicap, nanti parut menjadi hitam... hai terpaksa la kami puasa makan kicap.

That's why, selama tempoh I sakit cengkering ni, I masak resepi-resepi yang simple je. Janji ada benda untuk dimakan. I cadangkan beberapa resepi simple untuk uoll masak ketika sakit :-

1) Kalau beli lauk, pastikan yang telah dibuang kulit (fillet), senang nak proses... boleh buat menu di bawah atau sup.

Gambar dr google

ii) Buat je kambing/daging bakar - beli yang telah siap dipotong
 

iii) boleh la masak singgang ke, sup dll.

1v) Masak je sardin.

v) Jgn lupa penuhkan fridge dgn menu-menu instant spt donut, pizza dll... at least kalau anak-anak lapar... tinggal panaskan je.

Tapi minggu ni memang tak boleh la nak cerewet-cerewet sangat makan, semua kena makan apa yang ada je. I tak akan memasak lebih dari satu jenis. Kepala pun berdenyut... ya Allah macam nak tercabut. Macam gini rupa-rupanya sakit cengkering. Sib baik la belum merebak ke 2 belah tangan. Kalau tak memang tak boleh buat kerja kot. Kalau sampai ke stage tu, bermakna I terpaksa la order pizza je.

Ello uoll, ada menu lain tak yg lebih simple yg boleh uoll cadangkan? Sian I... time macam gini... takde pulak kengkawan yg singgah rumah, antar lauk ke?? :P........... sedih T __ T.

9 comments:

  1. haha, first time dengar intan berlian

    ReplyDelete
  2. kesiannya miss mirror...patut lar...

    masa kena ritu, diberi makan ikan bakar or rebus je...lagipun memang xleh gerak banyak sangat sebab terbatas...

    itu la kan, kalu dah berfamili, anak2 nk makan ape...hhuhuhu...

    sabar ye miss mirror...sikit je lagi nak baik tue...

    ReplyDelete
  3. TED - hehe.

    Adah - Oh dah pernah ada pengalaman? Thanks atas motivasi. ;)..mudah2an begitulah.

    ReplyDelete
  4. Saya pun pernah kena gak, waktu mengandung 29 minggu..Time tu tak risau kat diri sendiri tp risaukan baby...O& G Sp bagi antiviral Acyclovir (Zovirax)cepatlah juga sembuh...Pastu 1 hari 6 kali mandi kut..Pastu sapu badan ngan calamine lotion (berbotol2 saya ambil dari hospital)..Jaga diri, OK tu...Sekejap je yang tak selesa tp jgn garu @ korek2 nanti berparut....

    ReplyDelete
  5. thanks Zarisma... pengalaman berharga. Alhamdulillah baby tak apa2. Saya akan ikut pesanan awak tu. Oh makin mandi berkali2 plak? Org tua pesan kat I jgn mandi plak... heran kan?

    ReplyDelete
  6. Hany - cengkering tu cengkerik... hahahaha... takde la MM gurau je.

    Cengkering tu chicken pox.

    ReplyDelete
  7. Nak menyibuk lagi. Mmg org tua2 tak gi mandi. Tp sebenarnya bdn panas & kalu di hospital nurse kat lap bdn ngan tuala basah & galakkan mandi....Sebenarnya kita kena elakkan sesuatu yg bo sebabkan kita allergy/gatal...Nanti takut menggaru & berparut...Tu pasal kicap tak leh..

    ReplyDelete
  8. Oic... thanks Zarisma.. apa plak menyibuk, I mmg perlukan khidmat nasihat skrg ni. Tu la bila org tua tak bagi mandi, I pulak jadi seram nak mandi... terpaksa la main lap2 badan je..sembur2 perfume..hehe.. tu yg terpaksa mengurungkan diri dlm bilik..takut ada yg pengsan.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.