Tuesday, April 24, 2018

Skincare Baru Saya 2018

Sejujurnya semenjak 2 menjak ni ai dah jadi seorang yg tak kisah  pasal skin care pun sebenarnya.. (akibat kesibukan), pastu "terprasan" mcm muka pun takde la teruk sgt jika nak dibanding dgn....  kulit durian, so    kdg tak cuci muka pun, sehinggalah 1 hari di bulan April 2018 tetiba dapat hadiah 1 set Sukin (Australian Product) ni dari si Ain dlm tote bag keemasan.




Bila anak dah hadiahkan... tak sampai hati pulak jika sekadar jadi hiasan bilik.  So.. mulai saat itu bermulalah episod  mamanya ni  menjadi seorang yg berdisiplin mencuci,  menserum, men"mouiseriser"  dan bermasker mengikut jadual.


Sebagaimana selalu... pakai apa2 pun,  jiwa kena yakin.  Yakin bahawa semua ini akan jadi "ubat" yg telah Allah turunkan yg menjadikan kulit kita pelolez glowing2.  Yeszaa!!!!.   Kita tunggu hasilnya setaun lg ye!.  Tapi sejak Ain besar ni memang semua saranannya alhamdulillah (dgn izin Allah) agak bernas dan ampuh.  Maksud ai ubat2an dan sewaktu dgnnya.



Clay Masque ni nampaknya sgt best.  Mcm hilang jap wrinkle2 ai.  Haha..

Nampaknya set Sukin serasi dgn mama.. thanks Ain.   Ingat nak teruskan pemakaianlah utk set2 akan dtg.  Kalaulah tiap bulan Ain sponsor skin care.. alangkah indahnya hidup ini. Hihi..

Done review.





12 comments:

  1. okay, point mama yang akhir tu memang WIN :D

    ReplyDelete
  2. Mama datang singgah blog walking blog sis mis mirror.

    Hoho review skincare dari mana ni.

    Down under punya ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Produk Australia, MH, quite popular juga di kalangan warga tempatan.

      Delete
  3. Maznee datang blog walking petang selasa ni sis sam. Nampaknya anak dara dah besar kan. Mak dia macam anak dara lagi.

    Ada ke patut banding dengan durian. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Anak2 dara saya mmg dah besar2 Mazni, bermakna maknya pun semakin senja.

      Delete
  4. Selamat petang puan. Saya singgah blog walking. Rajin pakai skincare ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasa - Tak ada la rajin sgt.. tp terpaksa merajinkan diri dari terbazir.

      Delete
  5. Ibu zaid singgah lalu blogwalking di blog sis di hujung dunia. Puasa tahun ni siang panjang ke pendek?

    Itulah lumrah hidup di kawasan equinoks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inshaallah pendek. Ni pun skg pkl 6 lebih dah maghrib.

      Delete
  6. Esok hari Jumaat penuh berkat,
    Hari ni khamis hujan gerimis,
    Kunjung mengunjung mengundang rahmat,
    Mama singgah blogwalking blog sis


    Anak dara dah besar di bumi orang. Nanti di sunting lelaki hidung mancung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mama Hakim - Hihi... kalau lelaki tu beriman, saya tiada halangan.

      Delete

Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.