Sejujurnya semenjak 2 menjak ni ai dah jadi seorang yg tak kisah pasal skin care pun sebenarnya.. (akibat kesibukan), pastu "terprasan" mcm muka pun takde la teruk sgt jika nak dibanding dgn.... kulit durian, so kdg tak cuci muka pun, sehinggalah 1 hari di bulan April 2018 tetiba dapat hadiah 1 set Sukin (Australian Product) ni dari si Ain dlm tote bag keemasan.
Bila anak dah hadiahkan... tak sampai hati pulak jika sekadar jadi hiasan bilik. So.. mulai saat itu bermulalah episod mamanya ni menjadi seorang yg berdisiplin mencuci, menserum, men"mouiseriser" dan bermasker mengikut jadual.
Sebagaimana selalu... pakai apa2 pun, jiwa kena yakin. Yakin bahawa semua ini akan jadi "ubat" yg telah Allah turunkan yg menjadikan kulit kita pelolez glowing2. Yeszaa!!!!. Kita tunggu hasilnya setaun lg ye!. Tapi sejak Ain besar ni memang semua saranannya alhamdulillah (dgn izin Allah) agak bernas dan ampuh. Maksud ai ubat2an dan sewaktu dgnnya.
Clay Masque ni nampaknya sgt best. Mcm hilang jap wrinkle2 ai. Haha..
Nampaknya set Sukin serasi dgn mama.. thanks Ain. Ingat nak teruskan pemakaianlah utk set2 akan dtg. Kalaulah tiap bulan Ain sponsor skin care.. alangkah indahnya hidup ini. Hihi..
Done review.
okay, point mama yang akhir tu memang WIN :D
ReplyDeleteMoga terkabul Ann. Haha..
DeleteMama datang singgah blog walking blog sis mis mirror.
ReplyDeleteHoho review skincare dari mana ni.
Down under punya ya
Produk Australia, MH, quite popular juga di kalangan warga tempatan.
DeleteMaznee datang blog walking petang selasa ni sis sam. Nampaknya anak dara dah besar kan. Mak dia macam anak dara lagi.
ReplyDeleteAda ke patut banding dengan durian. Hihi
Haha. Anak2 dara saya mmg dah besar2 Mazni, bermakna maknya pun semakin senja.
DeleteSelamat petang puan. Saya singgah blog walking. Rajin pakai skincare ya.
ReplyDeleteNasa - Tak ada la rajin sgt.. tp terpaksa merajinkan diri dari terbazir.
DeleteIbu zaid singgah lalu blogwalking di blog sis di hujung dunia. Puasa tahun ni siang panjang ke pendek?
ReplyDeleteItulah lumrah hidup di kawasan equinoks
Inshaallah pendek. Ni pun skg pkl 6 lebih dah maghrib.
DeleteEsok hari Jumaat penuh berkat,
ReplyDeleteHari ni khamis hujan gerimis,
Kunjung mengunjung mengundang rahmat,
Mama singgah blogwalking blog sis
Anak dara dah besar di bumi orang. Nanti di sunting lelaki hidung mancung
Mama Hakim - Hihi... kalau lelaki tu beriman, saya tiada halangan.
Delete