Saturday, February 23, 2019

Cara Menjimatkan Ruang Penyidai Kain

Assalamualaikum uollz..
Tajuk macam nak buat tutriol apa je.  Padahal...  kwang kwang.

Btw, mari semarakkan salam.. bak kata Ustaz itu antara cara simple untuk menggapai Syurga-Nya.   Kat Syurga tak yah nak sidai2 kain ni sume.  Bertabah sahaja lah kalau kena sidai menyidai di tgh panas ni puan2..

Hari ni pepagi si Ain  dah membasuh sebakul besar baju2 dia,  so tak berapa cukup lah penyidai bila Mamanya pun membasuh juga sebakul besar baju2 Mama.   Walau ada 5 jajaran dawai atas tiang berserta 1 lagi penyidai mudah alih.

"Kenapa Mama sidaikan?".  Tanya Ain sepulang kelas.

"Sesaja je... Ma sanggup berkorban jadi hitam kena matahari, asalkan anak2 Mama sume jadi putih..".   Haha.. saja gurau. 


So?.    Apa kita nak buat bila penyidai tak cukup tadi tu?.   Cuaca pun tengah panas berdentum skg ni.   Tak patut la kalau membazir karen pakai dryer yg ada. 

Ok.. kita rehatkan dulu mesin dryer selagi summer masih ada dan kita follow je cara Minah Saleh  menyidai kain.  Uoll pernah terbaca tak?.    Atau memang dah lama buat?.  Hihi..


Bahan2nya  :

1).  Penyidai kain.

2).  Kelip baju yg banyak.



Macam ni ye.  Instead of kita sidai pada 1 dawai mcm kita biasa buat tu,  kita  guna sekali kedua2 line dawai itu untuk setiap sehelai baju or seluar or cadar dsbnya dan sepitkan di kedua2 line tersebut.  Cthnya kalau seluar, 1 kaki kat line 1, sepitkan... 1 kaki lg kat line 2 pulak, sepitkan.    Begitulah untuk kain2 seterusnya.  Faham tak?.  Tak faham boleh google.   Memang menjimatkan ruang.  Alhamdulillah selesai 2 bakul besar.

Ok I lukiskan..




Bagi yang tak de tiang penyidai antik mcm ni, (mungkin dah beli yg palang2 besi),  ai rasa uoll boleh bubuh tali pada besi2 tu atau ikut kreativiti masing2.   Itu tentu lebih molek dari terpaksa TERsidai kat pagar rumah jiran dan jadi pergaduhan.  Haha... bye.


Perth Homestay And Car Rental - wassap me.




3 comments:

  1. Kat jb pun panas..tp pakai dryer jugak. Sbb takde ruabg nak sidai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya la senang kan Yan pakai dryer.. jam tu nak pakai.. jam tu basuh pun sempat. Kami ni sesaja nak memanfaatkan musim summer yg Allah kurniakan setahun sekali je ni.. tu yg terlebih rajin.

      Delete

Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.