Sian ai... pagi ni cuma sarapan tumpi je.
Ni semua gara2 "hantu" malam tadi..
Sebenarnya di kalangan anak2 dan suami..
Ai ni "terkenal" dengan sifat berani... tapi malam tadi suasana agak menyeramkan..
Hingga pagi ni ai jadi terkurang sihat untuk main masak2.
Ketumpi... bila makan ketumpi ni teringat my son, Mr. Shasal selalu salah sebut ketuk ketampi (denda ketuk ketampi) dia kata "ketuk ketumpi". Orang makan paru... dia suka sebut "paru2". Suka hati la Nak.. janji bahagia.
Creepy Sound
Senja semalam.. suasana agak bingit di luar. Sekali sekala terdengar suara esakan tapi tak pasti datangnya dari mana. Terkeliru antara suara manusia atau lolongan anjing jiran belakang.
Suara itu muncul sekali sekala. Terdengar juga bunyi serin ambulan.
Senja berlabuh, tingkap pun semuanya telah kami turunkan bidainya. Usai magrib, aku ke dapor (bertukar jadi "aku" untuk effect2 seram...). Mutakhir ini aku rindu masakan teman2 dari pelbagai negara... dan malam semalam aku rindu lempeng brazil resepi Jamilie Alberto. So aku buat lah sebesen. Mkn ptg... aku dah masak nasi goreng India resepi Shita. Awat tah tetiba aku rindu masakan dorang lately ni?. Mungkin tragedi Christchurch tu buat dorang teringat aku kot sbb aku je kawan muslim dorang?. Keh3..... don't flatter yourself Sam.
Masa masak, jantung aku tetiba macam dag dig dug keseraman. Tak pernah pun sebenarnya aku ketakutan. Tapi aku teruskan jugak melengser adunan ke kuali hingga selesai.
Selesai makan... aku dan Qistina berehat2 di bilik. Anak2 aku memang clingy. Apatah lagi bila ayah mereka outstation, kepada mama la tempat mengadu segala hal. So, untuk hilangkan bosan kami pun selfie welfie syok sendiri sambil baring2 ditemani Joco yg juga sama2 clingy macam kakak dia, asyik terlompat ke sana ke mari.
Tetiba...... tetiba.... jeng jeng jeng!!
"Scrattttfttttttt...... scrattttttttttttt..."
Satu suara cakaran tepi tingkap. Terkenangkan yg Joco tak keluar pun mlm ni.. aku jadi takut dan seram. Selalu Joco je suka buat macam tu kalau nak masuk umah. Mr. Shashal meluru ke bilik.. sama2 terkejut.
Tetiba Qistina mendakwa senja tadi pun bilik dia ada cakaran yg serupa. Ahh... aku jadi semakin takut.
Apa lagi kuasa badass harus digunakan dan aku pun menjerit lah dgn harapan "mahluk" tersebut lari.
"Whoiiiiiiiiiiiii!. Who are you?!!!!!". Suaraku agak keras.
Hua hua hua...
Ku cuba intai di balik bidai.... krik krik krik... tak ada apa.
Entah la. Waallahualam. Kucing jiran nak ngorat Joco agaknya. Tapi mereka tak pernah melepaskan haiwan2 peliharaan mereka.
Ketakutan hilang ditelan waktu, cuma pagi ni ai rasa tak sedap badan. Kena nyahkan semua anasir2 negatif ni. Kena masak yg best2... sebab ai tau.. ai bukan jenis yg lemah semangat. Yessss Sam... way to go!.
Older post : Grammar : beza pengunaan ON and IN
alamak singgah baca pepagi buta ni. laju2 la scroll hehe..
ReplyDeleteHaha... cepat lari.
Delete