Hari ini MM ingin kongsikan satu resipi turun-temurun yang MM perolehi dari arwah ayahanda MM... Resepi Ayam Kicap Jawa. Alfatihah untuk ayahandaku yang ku kasihi.
1 ekor ayam dipotong dan digoreng
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang besar dipotong bulat
1 ekor ayam dipotong dan digoreng
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang besar dipotong bulat
lada putih
rempah tumis - kulit kayu manis, bunga lawang
lengkuas
halia
rempah kari
kicap dan sedikit gula dan garam serta perasa ikut suka
sedikit santan
2 biji tomato dipotong 4
daun sup dan lada merah dipotong bunga untuk hiasan
CARA
Nota :
lengkuas
halia
rempah kari
kicap dan sedikit gula dan garam serta perasa ikut suka
sedikit santan
2 biji tomato dipotong 4
daun sup dan lada merah dipotong bunga untuk hiasan
CARA
- Goreng ayam yang telah dibersihkan tadi sehingga kekuningan. Ketepikan.
- Kesemua bahan diblender (termasuk lada putih) kecuali bwng besar yg dipotong bulat dan lengkuas.
- Masukkan minyak ke dalam kuali. Panaskan.
- Goreng bwng besar yg dipotong bulat serta bunga lawang dan kulit kayu manis
- Biar bwng kecoklat2an barulah masukkan bhn2 blender dan rempah kari.
- Biar agak garing (jangan sampai hangus) campakkan lengkuas yg diketuk.
- Masukkan ayam goreng tadi
- Tuangkan kicap manis ikut kepekatan. Tambahkan sedikit air.
- biar agak mendidih dan ayam masak.
- Masukkan tomato yg dipotong 4
- Perasakan garam, aji sikit (ikut rasa.. bergantung pada kicap, jika sudah cukup masin tak perlu tambah garam lagi).
- Masukan santan (sedikit sahaja dlm 1/4 cawan)
- Tutup api, masukkan bawang besar yg dipotong bulat - tutup kuali seketika
- Sesudah itu, hias dengan daun sup
Nota :
*Kepada yg sukakan pedas, boleh tambah sedikit cili boh dlm 1 sudu.
*Kelazimannya Masak Kicap Cara Jawa, kuah biar pekat dan sikit (tak terlalu banjir).
*Untuk resipi di atas MM tidak menggunakan asam jawa sbgmana lazimnya sebaliknya tomato untuk menambahkan lagi khasiatnya. Kan tomato bagus untuk kulit ;)
No comments:
Post a Comment
"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.