Thursday, November 27, 2008

PETUA MELAZATKAN SUP???

Ada yang nak masak sup hari ni? Sudah pasti ianya hidangan yang paling mudah disediakan bagi kita yang mempunyai anak kecil... MM bukanlah orang yang layak untuk memberikan tip bagi juadah ni sebab MM sendiri pun kadangkala kecewa dengan hasilnya yang tidak sesedap di restoran. Kadangkala agak kesal juga apabila kita ingin hidangkan untuk mertua tetapi tidak pula sesedap mana.... (he he he kena tolak harga hantaran ni)

Balik kg hari tu, ibu mertua outstation...jadi MM la yang ambik alih tugas-tugas di dapur... Masak je la apa yang patut untuk bapa mertua dan antara kegemaran beliau ialah sup... Tapi tak tahu la sedap ke tidak.... Adik... (adik ipar MM yang paling bongsu kami panggil Adik, berumur 22 tahun, single, educated, berbudi bahasa, hensem...siapa nak jadi biras MM...he he he? Mengamuk dia nanti)... sedap tak akak masak itu ari??? Tak sedap? Sedih ni...Ok la nanti akak cuba tips-tips ni....caranya ialah :-

  • Kalau nak membuat sup berasaskan ayam - stok yang dibuat perlu perbanyakkan tulang ayam kerana ianya akan menjadikan sup itu rasa manis... sedap tu!
  • Biar memasaknya agak lama - (untuk ayam jgn la lama sgt nanti x sedap pulak) kalau boleh biarlah campurkan sekali lebihan bawang-bawang apa jua jenis bawang, daun sup.. rebus sekali biar memberikan aroma yang tersendiri.
  • Untuk sup daging, daging di bahagian dada paling sesuai kerana di bahagian dada mengandungi lemak dan urat... masak lemak dan urat ini sekali agar rasanya lebih manis
  • Lemak tersebut boleh terapung dan ianya boleh dibuang jika tidak suka sup yang berlemak
  • Daging batang pinang sememangnya bahagian daging yang paling bagus tetapi ia tidak sesuai dijadikan sup kerana ia terlalu pejal. Ia hanya sesuai untuk membuat stik
  • Untuk sup ayam - bagi mengelakkan ianya rasa hanyir... didihkan sup terlebih dahulu, barulah masukkan ayam yang dipotong tersebut.
  • Bawang merah perlu lebihkan kerana ia akan memberikan rasa yang manis...

Anybody nak tambah? Sila tinggalkan pesanan di ruangan komen.

2 comments:

  1. air mcm mana OC? aku try bt dengan ayam pencen ari tu, konon bolehlah rebus/masak lama sikit, boleh dimakan tp tak boleh dijual, faham2 ajelah...

    p/s: adakah aku hanya layak untuk lempeng dan cekodock

    ReplyDelete
  2. Air? Maksud ko.. kuah tu..selalunya dia akan menyusut, so pandai-pandailah tambah dan bila dah nak angkat tu perasakan garamnya. Selalunya daging beku ambik masa 1 jam untuk masak.

    Untuk ayam pencen... he he he aku xpernah msk.. tp ayam yg besar tu apa nama? Ayam turkey? Yg tu aku pernah msk sekali...ya Allah kerasnya.

    Ada petua orang2 tua perturunkan iaitu membubuh daun nangka ke dalam rebusan tu. Ada juga aku dgr bubuh air kelapa? Sorry yg ni agak pelik sikit, jgn try la..kot nanti rasanya lain mcm pulak. Tp yg daun nangka tu biasa dgr.

    Lagi senang "pressure cooker" tapi Makcik laki aku ada insiden paling
    tragis (meninggal) hingga membuat kami semua trauma.

    Eh.. "ya ya aaa je" aku jawab ni.. Soalan ttg masak ni yg layak jawab kan si SUesa tu.. dia kn pernah jd chef kt hotel...

    Hee sedapnya ayam pencen..ari tu mak aku masak lemak... sedapnya.

    ReplyDelete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...