Sunday, November 30, 2008

RONDA-RONDA KUALA LUMPUR

Assalamualaikum.... hai semua.

Hai... MM baru balik dari KL ni, dua hari melepak2 di Megamall Midvalley.
Saja je bawa anak-anak MM jalan-jalan. Tak bershopping sangat kali ni pun sebab entahlah MM macam dah hilang minat nak beli apa-apa. Mungkin sebab dah tua la agaknya....

MM terpandang juga beg tangan yang cantik-cantik, tapi mengenang beg yang MM beli kat Perth pun tak terpakai lagi, MM tertutup pulak pintu hati nak membeli. Satu yang paling memudahkan kita sebagai umat islam ni kita boleh Solat Jamak bila keluar daerah, so, apa lagi solat Jamak Ta'qdim je la senang kan..boleh meronda sampai dekat maghrib. Oh ya sebut pasal Perth,... kalau shopping kat sana, kita jadi kelam kabut sikit sebabnya kat sana semua outlet akan ditutup selepas pukul 6. Nasib la kat KL ni tak macam tu... Meronda la MM dari lepas makan tengahari tu sampai dekat maghrib.

Punya la lama MM meronda, last-last balik bilik MM lenggang kangkung je. Suami MM pun hairan.. dia ingat seharian MM ronda-ronda dapatlah sekurang-kurangnya sehelai baju ke atau tak pun beg travel mesti dah " beranak."

Mulanya MM bawa anak-anak sekali untuk window shopping, tapi since ayah diorang tak ikut, anak-anak tak ada mood. You see, anak-anak pun tau siapa lebih berduit... tak sudi nak jalan dengan MM ni. MM suka je, tak kecik hati pun sebab lagi senang MM boleh ronda-ronda ikut kepala sendiri.

Selalunya anak-anak lebih suka berjalan dengan ayah mereka sebab ayah mereka rajin singgah di kedai buku dan belikan buku-buku kesukaan mereka. Tak pun singgah di Toy R' us.
MM sempat call Comei, ingat nak contact semua kawan2 yg stay KL tapi tak jadi, nak call Leha Ibrahim tapi malu pulak, nanti kalau singgah rumah dia, kesian dia, last time MM singgah rumah dia susah payah dia masak mee kari, beli satay kajang lagi... malu MM, mee kari Leha memang power, InsyaAllah andai ada kesempatan, MM akan minta resepi dari dia... MM dah terlampau penat sebab berpusing-pusing kat Megamall sampai tersesat-sesat. Memang tengah offer besar-besaran kat JJ, Klevin Clein....suasana memang sesak.


MM sebenarnya teringin nak pergi Jalan Masjid India tapi suami MM macam dah penat. Malam tu kami tapau je..makan speghetti kat bilik.. Esoknya lepas breakfast, MM ronda lagi.. itu pun sekadar dapat membeli penyakut aksesori yg klasik rekaannya.

Dalam MM terkocoh-kocoh nak balik tu, MM terserempak dengan seorang wanita memimpin dua orang anak... rupa-rupanya kawan lama masa kat Kuantan dulu...si Yook Tay yang dah 10 tahun MM tak jumpa. Lama dah tak jumpa kawan-kawan yang sama-sama berteduh di bawah satu bumbung. Yang paling MM teringin nak jumpa ialah Lee Kim Lian atau nama islamnya Nurul Syuhada. Buat masa ni yang masih in touch ialah Zete Zelinda dan Jamnah. Yang lain-lain entah kat mana tak pernah dengar khabar berita.

6 comments:

  1. SAM said

    Kalau ikutkan aku BB.. aku call semua budk Medan yg ada kt KL tu.. Biar senang sikit, tak yah beratur kt Medan Selera atas tu Tapi apakan daya.. aku ni kan ISTERI MITHALI. Ko lupa ya.

    ReplyDelete
  2. Ton..bubuh arr pic2 time g Perth tu..wei aku nk gk tgk ni..
    upload ok..aku nunggu nih.Tq

    ReplyDelete
  3. Isteri mithali, kalau dapat kebenaran dari suami ok..dia kena ada bersama...dalam suasana yang tak akan mendatangkan fitnah..tp tau ke ko no. aku?

    Ku menghormati pendirian mu..alhamdulilah...syukur

    ReplyDelete
  4. Syukur.. korang memahami aku... Aku boleh cari no. phone ko BB...tak susah.

    Pic. Jam? InsyaAllah Jam... ko tunggu dan lihat je..

    ReplyDelete
  5. Eh..Ton KN nak gak tengok pic. MM gi perth ke, umrah ke,email lah kat KN sekali k.

    ReplyDelete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...