Tuesday, November 25, 2008

BOKDE OH BOKDE

Yes!!! Dah nak hujung tahun dah... umur aku akan meningkat lagi... 36yrs... dah x sesuai kot panggilan Miss ni utk aku. Tak kisah la apa2 pun orang nak panggil. Sekali lagi aku nak beritahu perkataan Miss Mirror tu sekadar mengimbau kenangan silam di mana tebiat aku ni yang suka bercermin. Family and kenalan-kenalan rapat memang dah paham sangat dah tebiat aku yg satu ni. Ke mana-mana suka bercermin. Entah terkenan hantu cermin agaknya. Alhamdulilah sekarang ni aku dah dapat membuang tabiat buruk aku ni selaras la dengan pertambahan usia aku ni.


"BOKDE?"... Terkejut aku bila kawan-kawan kat chatroom boleh panggil aku Bokde sebab sebenarnya.... suami aku pun dah lama beri gelaran tu pada aku. Sebabnya dalam keluarga belah suami..... aku ni menantu sulung, so, kalau ikut gelaran jawa (actually my husband is not a jawanese...dia ngencret).. makcik yang paling sulung akan dipanggil MakDe... punya la merajuk aku masa tu sebab aku lebih rasa manis je kalau anak buah dia panggil aku Mama Long. First time aku dapat panggilan tu masa aku selesai diakadnikah, rasa sejuk je hati aku.


Cerita pasal gelaran Bokde ni, sejak kecik lagi aku dah terima panggilan Bokde... ada la beberapa orang sedara belah arwah bapak aku... memang agak janggal kalau orang yang jauh lebih tua dari kita boleh panggil kita Bokde. Kira macam ikut susur galur macam tu la..aku nak jelaskan pun tak faham.


Itu la uniknya Jawa ni... anak kepada abang kita misalnya walau tak kira berapa umur mereka, sama ada bayi atau kecik bangat sekalipun... mereka perlu dipanggil "abang" atau "kakak" oleh sepupu-sepupu mereka yang dilahirkan oleh adik-adik yang lebih muda dari abang kita tadi. Tak pasti la aku sekarang ni... cara ni masih diteruskan oleh orang lain atau tak..


Sekarang ni... aku dah tak kisah dipanggil Bokde lagi. Rasa macam anggun pulak dipanggil Bokde... macam ratu jamu. Macam wanita-wanita yang berkebaya nyonya, bersanggul bulat, berkain batik lepas. Kan anggun tu. Kekekeke.. AKULAH BOKDE ANGGUN!

4 comments:

  1. mcm tulah MM, saya pun kena panggil mbokde juga kalau di kg suami saya tu, saya bkn org jawa tp suami saya org jawa, nak buat macam mana kan, tak kisahlah pangilan tu yg penting panggilan tu tanda hormat orang muda kepada orang tua, saya pun di panggil kakak oleh sepupu suami saya, walaupun dia lebih tua tapi ayah dia adalah adik kepada ayah suami saya, so diaorang kena panggil saya kakak, saya kira unik juga tu.

    ReplyDelete
  2. Hai Shazita...

    Thanks for your visit.

    MM harap Shazita gembira dgn panggilan baru yg "manja" tu.

    Welcome to "JOWO WORLD", InsyaAllah akan MM kepilkan resepi2 jawa utk Shazita cuba buat suami tercinta.

    ReplyDelete
  3. Salam....
    Hahahahahha pecah peyott aku arr bca tulisan ko ni Ton...ko ni ada bakat nulis upanya kn..x sangka aku la..
    Panggilan2 tu masih diteruskan la tp cuma kt kg2 yang owang tuanya masih ramai lagi..klo skrang ni dah jarang2 kot..apa2 pn World Jawanese arr kita..Ngomong2 ki wes masak opo urong..luey to mengko ne lambat masak..

    ReplyDelete
  4. Ko jgn puji aku lebih2 Jam. Aku ni dh lama tak menulis ko tahu.. dulu rajin tulis Dairy..tp sejak aku tutup buku and bukak buku baru (dah kawin kan... dh tak playgirl lagi)... aku mcm dah lupa nak menulis.. aku hentam kromo je Jam.. pagi2 aku bangun tu terus aku menulis. Ya la.. aku takut klu aku terus-terusan tak menulis.. aku jadi BUTA HURUF plak...takut aku Jam...sian anak2 aku dpt Mama Buta Huruf.

    ReplyDelete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...