Tuesday, November 25, 2008

CINTAILAH ISTERIMU SEBAGAIMANA LAYAKNYA..


Indahnya wanita dijadikan oleh-Nya. Tetapi mengapa masih ada insan-insan kejam di luar sana, tidak mengasihi isteri mereka dengan selayaknya. Dahulu tatkala wajah masih lagi gebu, tidak lokek kata "I love You". Tak jumpa sehari bagai berjuta tahun. Senyuman sentiasa mekar di bibir... indahnya bahasa tersusun.

Namun.... bila rambut sudah mulai gugur, gigi sudah mulai berterabur, bahasa mula menjadi kendur... Oh sedihnya... Alangkah syahdu dan menyayat hatinya wanita itu... Kasih yang diharap.. rupanya bercabang dua, entah tiga.

Wahai lelaki cuba bayangkan andai anda di tempat wanita malang itu... menghabiskan sisa-sisa remaja, meninggalkan ayah bonda tercinta untuk sebuah kehidupan baru dengan harapan yang tinggi. Sebuah harapan dari si Ibu yang telah mengandungkannya selama 9 bulan, satu harapan dari si Ayah yang telah bersusah payah menyara hidupnya dengan jerih payah sebagai lelaki yang tidak berpelajaran, dibelai dan dimanja si puteri kesayangan dari telapak kaki sebesar dua ibu jari, diasuh dan diberi pendidikan sesempurna mungkin agar kelak hidupnya tidak seperti dirinya di hari kemudian.

Bayangkanlah..... erti pengorbanan seorang Ayah dan Ibu melepaskan anaknya untuk sebuah penghidupan baru setelah puluhan tahun hidup bersama akhirnya akur si Ayah dan ibu si gadis bakal memikul satu tanggungjawab baru, bersama insan lain yang bergelar suami. Terputus sudah suatu amanah Allah selama ini, tatkala termetrai ijabkabul, syurga isteri di telapak kaki suami...harapan yang tinggi diberikan agar anak gadisnya itu bakal melayari hidup yang bahagia selama-lamanya dengan insan pilihannya sendiri...dan bukan pilihan keluarga sebagaimana dirinya. Sudah pasti di dalam angan-angan tuanya...

"Oh.. anakku bakal bahagia buat selama-lamanya".

Berdebar-debar hati si ibu tatkala anak disunting... mahu si polan atau si polan...

"Oh biar aku terima yang ini sebab aku lihat dia bagai terlalu sayang pada anakku... selalu datang menjenguk Duduk tersimpuh, kata tersusun, biar tidak berharta asal anak aku bahagia..." Bisik hati kecilnya. Gembira si ibu menghitung hari, bagai dia pula yang bakal jadi raja sehari.

Selesai akad nikah, si ibu membacakan kata-kata ini :-

"ANAKKU...
Hari ini kamu akan berpindah dari naungan dan perlindungan ayah dan bonda ke suatu alam yang baru di dalam naungan suamimu. Bonda telah mendidik dan mengasuhmu sebaik mungkin untuk menjadikan dirimu anak yang solehah. Hari ini bonda mengharapkan kepadamu untuk melaksanakan segala tunjuk ajar dan nasihat bonda selama ini. Jadikanlah dirimu itu sebagai seorang isteri yang solehah, nescaya suamimu akan menjadi teman yang mesra kepadamu. "

"Berilah khidmatmu dan ketaatanmu dengan jujur dan ikhlas. Hendaklah kamu menjaga perkataanmu dan budi pekertimu serta tingkah lakumu terhadap dirinya.

"Jagalah maruahmu dan juga keluargamu. Taatilah Allah di sepanjang hidupmu. Semoga Allah memberikan ketabahan, keafiatan serta ketenangan dan kebahagiaan dalam hidupmu.

"Maafkanlah bonda di atas segala salah silap bonda di sepanjang mendidikmu."

Lafaz tersebut dibacakan dengan penuh kesyahduan. Titisan air mata membasahi pipi kedua beranak tersebut. Namun dalam hati si ibu....

"Semoga kau bahagia nak..."

"Malangnya.... langit tidak selalu cerah. Mendung berarak awan kelabu. Lelaki tadi yang kini sudah bergelar bapa... bagai sudah lupa sebuah harapan, bagai janji tinggal janji. Tiada lagi kata-kata I love you.... Segala kata-kata keramat itu bagai sudah tidak layak untuk seorang isteri sepertinya kerana baginya kata-kata "I love You" itu hanya layak untuk gadis yang masih gebu. Cinta beralih arah....oh kejamnya. Seorang gadis kota yang muda remaja jadi pengganti. Anak-anaknya yang seramai lima orang itu bagai tidak memberi apa-apa makna buat dirinya.

Cuba imaginasikan andai anda berada di tempat si kecil yang comel dan tidak mengerti apa-apa itu.  Pasti hati kecilnya tertanya-tanya...

"kenapa Mummy nangis....
Daddy balik rumah pukul 2 pagi, Mummy tanya Daddy... kenapa Daddy balik lambat... Daddy cakap, suka hati akulah... Mummy cakap penat je Mummy masak banyak-banyak...tapi Daddy tak nak makan, Daddy terus naik ke tingkat atas untuk mandi, Daddy tinggalkan telefon atas meja makan... tiba-tiba telefon berbunyi... Mummy yang jawab, tiba-tiba Mummy nangis... Daddy turun. Daddy marah-marah. Mummy mengamuk... rupa-rupanya ada girl telefon Daddy... Mummy terus menangis teresak-esak. Daddy terus tampar muka Mummy... Daddy cakap ...lain kali jangan pandai-pandai angkat telefon...Daddy dah tak sayang Mummy lagi"

"Esoknya pagi-pagi Mummy bawak aku balik rumah nenek. Sejak hari itu aku dah tak jumpa Daddy lagi. Sekarang umur aku dah 5 tahun.. aku dah mula sekolah di tadika. Mummy daftarkan aku kat sekolah tu. Aku sangat gembira pada hari tu sebab berkenalan dengan ramai kawan baru tapi... kawan-kawan aku semua ada ayah. Linda, Jiji...ayah mereka semua cium mereka sebelum tinggalkan kawan-kawan aku di tadika tu. Aku tengok ayah Linda pegang tangan emak Linda dan pimpin masuk ke kereta. Ayah Jiji pun sama... dia nampak mesra dengan emak Jiji. Aku??? Aku cemburu dengan Linda dan Jiji...mana Daddy ni... aku nak cium Daddy macam Linda dan Jiji. Aku nak tunjuk pada Daddy...hari ni aku dah pandai melukis muka Daddy. Daddy... aku rindu pada Daddy.

"Hari ini tajuk karangan kami ialah "My Family"... semua orang cerita pasal ayah masing-masing. Rina kata ayahnya belikan dia teddy bear besar, Sam kata ayahnya belikan dia basikal. Aku???
"Mummy? Ya aku cuma ada Mummy... Mummy tak mampu belikan aku apa-apa. Adik-adik aku yang seramai 5 orang itu juga perlu sesuap nasi. Mummy tak kaya macam Daddy...tapi Daddy dah tak ada.... Mummy kata Daddy dah mati... Aku tak percaya sebab nenek kata Daddy hidup lagi.

"Kawan-kawan mengejek aku.... mereka kata, kenapa aku tak ada Daddy... aku anak pungut.. Aku menangis. Aku koyak-koyak gambar yang aku lukis..


nota : diimaginasikan melalui pengalaman seorang insan bergelar sahabat.. semoga kau tabah menghadapinya.

bakal bersambung.....


2 comments:

  1. Salam..Tonn..Ni nape kisah sedeeyyy ni..nangis aku arrr...
    waaaaa...eh sape sabahat tu..kengkawan kita?????

    ReplyDelete
  2. Someone la Jam.. tak kan aku nk story kt sini... kesian orang tu... sedih aku ni.. hanya doa yang mampu aku panjatkan agar Allah memberikan hidayah kepada suaminya.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.