Wednesday, December 17, 2008

Lembaga di chalet usang

Kisah Seram Yang Benar...

Assalamualaikum semua.

Wah semua orang sibuk bercuti nampaknya. En MS pun ke Melaka.  Mesti seronok bawa anak-anak berjalan makan angin ni kan.  Sebut pasal Melaka, teringat Miss Mirror (MM) akan kesedapan seafoodnya di Serkam tu. Butter prawnnya memang sedap. Melaka juga mengembalikan banyak kenangan dalam diri terutamanya kenangan indah zaman persekolahan, rombongan sekolah terutamanya.  

Tapi untuk entry kali ini bukan kisah rombongan sekolah.. tapi kisah seram.




Kira ala-ala misteri nusantara. Kejadian ni berlaku semasa MM baru sahaja habis berpantang kelahiran puteri kedua si Qistina.    MM sebagaimana biasa telah ditugaskan oleh suami untuk menempah satu penginapan di sana kerana perlu mendaftarkan pengajian adik ipar.   Setelah kata sepakat dipersetujui, MM memilih sebuah chalet berbentuk rumah kampung (tempat dirahsiakan).  


Pic sekadar hiasan




Sebaik sampai, gembira bukan kepalang sebab chaletnya agak besar. Berdindingkan kayu, bercat putih tapi agak pudar ditelan masa.  Begitu juga dgn salir angin dan kekisi tingkap juga bercat putih. Kira memang selesa la untuk kami sekeluarga. Siang tu kami hanya menghabiskan masa dalam chalet dengan menonton tv, makan kacang rebus dan pisang goreng yang dibeli di jalan tadi.    Kami berkumpul di ruang tamu chalet yg luas dan lengkap dgn sofa usang.   





Tetapi bila malam semakin larut. Hujan turun dengan lebatnya. Kilat sambar menyambar. MM, Suami dan 2 orang anak tidur di bilik tengah sementara ibu bapa mentua serta seorang adik ipar (yg kami nak hantar ke Londang esok paginya untuk menyambung pengajiannya)  tidur di bilik belakang. 


Masing-masing dah say Good Night la utk tidur di bilik masing-masing dan memang tahu pun pasti mereka terus tidur sebab esok pagi2 dah nak gerak.


Tetapi...... tiba-tiba, sedang MM menyusukan si kecil yang baru lepas hari.. MM terdengar tingkap di ruang tamu dibuka orang. Krekkkkkkk......Seram sejuk MM.   Entah kenapa perasaan seram tu muncul secara tiba2.  Ditambah pula dgn lampu bilik yg hanya berbalam2, cahaya kekuningan. Suami dah lena dah ni kepenatan drive dari jauh. 

Berdegup jantung dan terasa pucat lesi muka MM ni.  Nasib la si sulung, Ain, 5 dah pun tidur dengan lenanya... kalau tak, tentu la lagi mengeruhkan keadaan. Hujan pula semakin lebat.


Bunyi derapan kaki satu lembaga berjalan mundar-mandir di ruang laluan (laluan antara bilik MM dengan bilik ibu mentua).  .


Tiba-tiba pintu bilik bagai digegar pula.  Ahhh apakah erti semua ini??!!.
MM tidak dpt menyembunyikan ketakutan lagi lantas segera mengejutkan suami. 

"Abang..  bangun.. seram lah. ".  





Di luar kedengaran suara manusia... 


Kussss semangat... lega MM.. bapa mentua MM dah terjaga.. rupanya mereka pun menghadapi insiden yang sama. Pintu bagai diketuk orang dan tidur terganggu oleh suara-suara yang menakutkan.


Ayah mentua menijau2 ke ruang tamu dan membaca DOA apa2 yg patut. Oleh kerana terlalu penat, akhirnya kami terlena juga dalam kepayahan. Esoknya pagi-pagi lagi kami terus mengemaskan segala barang untuk check out.  


Yang menghairankan, ibu mentua nampak banyak pohon cendawan segar bugar di sekeliling chalet, MM tak nampak la pulak.  Monyet2 pula melompat2 di sana sini.


Sebelum meninggalkan Chalet yang penuh misteri itu.. Kami sempat singgah ke Pondok Guard dan bertanya  adakah situasi seperti itu biasa berlaku di chalet tersebut. Beliau hanya tersenyum penuh makna. 

Itulah pengalaman paling mengerikan.  Ibu Mentua kata..

"Ya Allah.. waras warasan kita nampak kejadian tu kan?".   Maksudnya.. tak sangka kami diperlihatkan kejadian tersebut secara "live".   Alhamdulillah jadi pengalaman.

Sekian.. penulisan dari Miss Mirror untuk kali ini.

Lain2 kisah seram boleh baca di sini.

 Lain2 kisah boleh klik di latest entry.


4 comments:

  1. Ada tak lagi cerita misteri mcm ni, best jugak membacanya.tempat to kat mana ek (supaya KN dan family x terpergi ke tempat-tempat mcm tu.

    Eh,kekadang kan kat hotel2 pun kita nak kena berjaga-jaga juga,sebaiknya
    selepas mengerjakan solat bacalah,alfatihah, ayat kursi 7 kali,yassin.

    KN pernah mengalami suatu seram sewaktu KN berkursus di Melaka,kejadian ni berlaku di siang hari, masa tu KN uzur,semasa sedang berkursus tiba-tiba KN diserang sakit perut yang teramat sakit, KN tidak pernah rasa sakit perut mcm nak bersalin ketika uzur (sengugut pun tidak pernah, rasa sakit bersalin tu lain ceritalah) sehingga tidak dapat meneruskan kursus pada hari itu.

    Kursus pada hari itu adalah kursus paling penting, Jadi KN balik ke bilik seorang diri,semasa di dalam perjalanan ke bilik KN sudah berasa tidak sedap hati,sesekali rasa meremang bulu roma,sesekali KN menoleh kebelakang,tiada apa-apa..KN teruskan perjalanan menuju ke bilik dalam keadaan yang sangat sakit,nak buka pintu bilik pun rasa mengigil seluruh badan sampai terjatuh kunci beberapa kali.

    Allahuakbar.. terpacul keluar dari mulut KN,pintu bilik terbuka.sebaik sahaja pintu bilik di tolak, tiba-tiba KN terhidu bau bangkai yang terlalu kuat.

    KN apalagi terus tutup pintu dan cabut lari sekuat hati menuju ke lif,lif pulak masih kat ground floor sedangkan KN ditingkat 10,dewan kursus ditingkat 4 tangga pulak jauh.mcm nak menangis rasanya.

    KN berdoa mohon diselamatkan dan bertawakal pada Allah.KN cuba tenangkan fikiran KN yang berkecamuk ketika itu antara rasa terlalu sakit dan rasa terlalu takut.

    Lif terbuka KN keseorangan lagi,ditingkat 8 masuk couple cina (lega sikit hati KN)couple tersebut kelihatan sangat romantik (sehingga tidak peludi KN ada bersama satu lif dengan mereka, KN buat tidak nampak benci menyampah KN melihat gelagat mereka -tidak reti hormatkan orang getus hati KN, tp KN masih boleh terima kerana mungkin mereka orang kafir KLU orang islam sanggup KN keluar dari lif tersebut).Lif sampai di tingkat 4 KN terus ke dewan kursus meninggalkan couple tersebutyang menuju ke ground floor , terasa seolah-olah semua mata peserta kursus tertumpu ke arah KN (hairan, perut yang tadinya terlalu sakit hilang terus hilang rasa sakitnya.

    Peserta kursus sedang makan rupanya..kawan KN kak siti,mempelawa KN makan bersama,(malu juga rasanya masa kursus tiada, tiba-tiba masa makan muncul pula), nak buat mcm mana?hanya Allah sahaja yang tahu apa yang telah KN alami.

    kesokkan harinya tamat kursus,semasa check out KN terdengar cerita dari peserta kursus dari melaka,menurut mereka hotel tempat kami menginap,pernah ada kes, kes di mana seorang doktor muda mati bunuh diri bersama dengan teman wanitanya.

    Sebenarnya KN pernah terbaca dan mengikuti cerita ni di sebuah Akhbar sebelum berkursus di hotel berkenaan,menurut cerita akhbar doktor ni dan teman wanitanya mati selepas mereka berdua bertengkar lalu kedua-duanya terjun dari tingkat ke berapa (KN dah tak ingat)dan kedua-duanya ditemui mati dlm keadaan berlumuran darah.

    ReplyDelete
  2. Best cerita KN, thanks sudi kongsikn kt sini... Nama chalet tu nanti senang2 MM emailkn. X boleh war-warkn kt sini... kesian pengusaha chalet tu nk cari makan.

    MM pun tahu mana KN ada senggugut, kan KN penjual jamu HPA Paramaria.. Cewah! Gitu!

    InsyaAllah dari semasa ke semasa akan MM kongsikan pelbagai cerita utk tatapan semua. Ha hari ni MM ingat nk cuba resepi kuih Peneram KN tu. Resipi cendol tu MM rasa kita kena tambh tepung pulut atau tepung jagung kot biar rasa likat.. sbb bila ptg tu MM makan rasa dia cam nasi pulak... mgkn cendol versi cashier tu mmg mcm tu kot?

    ReplyDelete
  3. He...he..he MM,Mcm mana jadi x kuih peneram MM buat tu,KN buat hari tu menjadi,ada juga kekawan KN yang buat tidak menjadi.pastikan dia punya
    doh tidak terlalu keras dan tidak terlalu cair, agak-agak senang kita nak mengulinya cukup lah.pastikan juga semasa mengoreng, kuih peneram akan timbul dipermukaan minyak dan bila warnanya sudah kecoklatan barulah boleh diangkat dan ditoskan minyaknya sebelum dihidang.KN doakan kuih peneram MM menjadi.Klu x menjadi MM jgn serik untuk mencuba lagi.buat kuih ni mcm buat eksperiment kat makmal tu lah,kekadang menjadi dan kekadang tidak menjadi.saintis pun mcm tu,bila ciptaan mereka menjadi mereka terus patenkan ciptaan mereka.

    MM, KN semalam ada copy dan pastekan suatu cerita yang KN ambil dari akhbar utusan Malaysia tentang kuih ni.MM dah baca?,kalau MM belum baca MM lawatlah blog KN di label catatan dari KN.

    Jom lah niaga kuih ni,mana lah tahu boleh kumpul duit wat gi haji.

    Mengenai resepi cendol MM tu KN belum cuba lagi.seingat KN buat cendol memang pakai tepung pulut, sebab jiran sebelah rumah KN kat kampung berniaga cendol,cendol tersebut dibuatnya sendiri, dia tidak pakai tepung pulut sebaliknya menggunakan beras pulut,beras pulut direndam kemudian ditoskan lalu diboh menjadi tepung pulut.(jiran KN memang rajin(untuk mengekalkan qualiti dan rasa lain dari cendol orang lain,katanya)memang KN akui cendol jiran KN sungguh sedap, rasa memang lain dari cendol orang lain.

    ReplyDelete
  4. Mesti la jadi KN... lebih sedap dari di pasaran tu sbb kita bleh tmbh atau kurangkn kuantiti gulanya. MM x suka yg terlalu manis mcm kt kedai tu. Once MM angkat je periuk tu aroma pandannya tu menarik perhatian ank2dan they all x sabar2 nak menjamah.. they all ingat MM masak kek coklat.

    Tp bila goreng tu kan, unfortunately dia mcm mencair sbb MM rasa terkurang tepung la.. MM x sempat beli tepung beras sbb yg ada tu lebihan tepung wat cendol itu ari. Anyway MM goreng je walau rupa dia dah x berbentuk sgt sbb anak2 dh x sabar nk rasa kuih kegemaran mereka tu. InsyaAllah one day, MM akn buat yg lebih baik lagi.

    Nk berniaga? InsyaAllah.. boleh saja. Apa kata KN paketkn dlm bentuk yg lebih eksklusif ala-ala coklat kt pasaran tu, bubuh reben ke.. Buatlah sempena musim perayaan.. Tp ketahanan kuih tu brapa lama ya? Tu yg problem tu.

    Kita mmg sepatutnya dh agihkan pendptn kita utk niat yg suci tu (pegi Hj) mulai dr skrg walau satu ringgit satu bulan. He he he. Ya la bulan depn MM ni dah 36 cik kak. Semakin tua, semakin xde kudrat la pulak kan.. Tapi semua tu atas urusan Allah. Kita hanya mampu berdoa saja.

    Buat masa ni kwn MM yg dah bergelar hajah ialah Hajah Zete Zelinda dan Hajah Suhailah Philip yg masih lg di tanah suci skrg ni. Semoga Illa mndpt haji yg mambrur.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.