Friday, December 26, 2008

RONDA-RONDA DI KOTA SINGA

Assalamualaikum semua..
Sebaik saja Miss Mirror (MM) menyampaikan berita kepada anak-anak untuk ke Singapore, anak MM yg kedua, Qistina tu dah menjerit dah.. Bukan menjerit happy tapi...

"Apa Mama? Singapore? Takutlah Mama.. nanti ada hantu.... macam Cerita Hantu Singapura.." anak dara MM yang berusia 5 tahun tu sedikit merengek.






Ha ha ha. Ketawa MM dibuatnya. Tak kan anda tak tau..cerita Hantu Singapura di Asro Ria tu. MM minat sangat tengok cerita lakonan Hamidah Wahab tu. Bukan kerana fanatik dgn  cerita seram tapi suasana perkampungan yang ditonjolkan dalam drama tu menarik minat MM. Suasana ibu-ibu memasak nasi lemak, pokok pisang. Seolah-olah mengimbau suasana kampung MM sendiri. Teringat bonda tercinta ketika mengelap daun pisang untuk membuat kuih, kuih koci, kuih abuk-abuk atau pun lepat. Sekarang drama-drama kita dah jarang menayangkan kisah di perkampungan. Tapi sewaktu di hotel, MM sempat menonton drama TV3, Niang Rapik.... Ada unsur-unsur perkampungan. Itu pun hanya dapat menonton di penghujung cerita sebab malam tu kami ronda-ronda di Orchad Road... (ha gambar kat atas tu.. gambar kereta berhias).


Bersempena Perayaan Chistmas, pihak kerajaan Singapura mengadakan pameran kereta berhias. Memang meriah. Pelbagai bangsa memenuhi ruang jalanraya yang ditutup sementara. Lampu pelbagai warna bergemerlapan di sana-sini. Masyarakat tak kira tua muda menari berjoget, tarian pocho-pocho kot.. MM pun tak pasti. Mereka menari seiringan mengikut gerak lagu yang dimainkan.


Makanan? MM tak sempat ke Gelang sebagaimana yang direkmenkan oleh teman-teman untuk menikmati Murtabak Singapore sebab perarakan kereta berhias tu dah menarik minat anak-anak untuk menontonnya. Kesudahannya kami makan di kedai yang berhampiran hotel penginapan.



Sepanjang di Singapura, apa yang terbayang di mata MM ialah susah payahnya warga Johor yang pernah berhijrah ke Kota Singa untuk sesuap nasi menyara keluarga dgn bekerja kontrak membuat bangunan sedikit masa dulu. Semoga Allah memberikan mereka kehidupan yang lebih baik di masa kini.


1 comment:

  1. emmmmm, patutlah aku tak jumpa ko...puas aku scan ko tp tak dpt...ke ko dah pakai pendinding...hehehehe...anyway selamat bercuti dengan keluarga

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.