Tuesday, February 24, 2009

MERAYAU-RAYAU DI DALAM HUJAN


Ingat tak tempat ni kat mana? Tempat si teruna dan dara berdating la.. buat-buat lupa pula ya. Last week MM, hubby, ibu mertua dan anak-anak merayau-rayau kat bandar Muar tu. Muar memang terkenal dengan masakannya yang sedap-sedap. MM paling suka asam pedasnya dan juga Mee Bandungnya yang memang tak boleh lawan. Wah orang Muar, MM dah puji tempat anda ni... nak belanja MM apa ni? Jangan lupa belanja Mee bandung Muar yang lazat tu ya!!


Cuaca hujan pun perniagaan makin laku pulak pakcik ni. Kami beli rojak buah, mee gelung (mee keras org dulu panggil), kacang rebus, keropok lekur.... Wah! Memang sedap walaupun cuma dapat makan dalam kereta. Hujan turun renyai-renyai.

Sebelum ke sini, kami melawat "kawan anda" di Tanjung Ketapang beberapa kilometer dari Tanjung Emas ni?? Eh betul ke nama ni? Tapi kat situ memang ramai "kawan anda"... sebab tu kami tak turun dari kereta. Anak-anak MM tak biasa berhadapan dengan "kawan anda" tu.. Kalau MM sendiri memang sedari kecil dah membesar dengan binatang-binatang tu... InsyaAllah tak la terlalu menggerunkan. Dulu masa kanak-kanak, kat pelantar rumah kami pun mereka melepak. Cuma sekarang ni je dengar macam-macam spekulasi yang mengatakan ada bayi kena gigit la, budak-budak kena tarik baju la... itu yang membuatkan kami cuak sikit nak turun dari kereta


No comments:

Post a Comment

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...