Wednesday, February 4, 2009

TIP-TIP MEMPERCEPATKAN KERJA DI DAPUR

Tip mempercepatkan kerja di dapur..
MAAF ENTRY INI AGAK PANJANG, SILA AMBIK NAFAS SEBELUM MEMBACANYA...


Jangan jadikan kesibukan anda dengan tugasan-tugasan di luar sebagai satu alasan untuk tidak menyediakan juadah seisi keluarga. Air tangan isteri/ibu itu banyak manfaatnya untuk mengeratkan hubungan keluarga.


Bagi surirumah, mungkin hal ini bukanlah bebanan, tetapi bagaimana pula bagi anda yang berkerjaya, maka di sini Miss Mirror berikan sedikit panduan, terutamanya bagi anda yang masih lagi kekok-kekok turun ke dapur tu (al maklum... pengantin baru la katakan ;)). Bagi pengantin lama mungkin dah biasa bersilat di dapur, hal ini tiada masalah sangat.





First, anda boleh jadikan mesin-mesin di rumah anda sebagai "orang gaji". Lagi senang.. "orang gaji versi baru" ni tidak pandai menjawab kalau anda marah sekalipun dan anda tak perlu khuatir ia akan mengurat husband anda.. ;)


Anda boleh beli water dispenser macam MM ni. So, tak perlu asyik nak memasak bercerek-cerek air panas. Air sejuk pun dah tersedia, kalau anak anda masih kecil senang la nak membancuh susu.


Keduanya, kalau selama ni anda membuat sambal belacan dengan menggunakan lesung, ubah dengan menggunakan blender kering je. Tak kisah la terkurang sedap sekalipun, bukankah itu lebih baik daripada anda membeli makanan di gerai-gerai yang belum pasti tahap kebersihannya dan kadangkala terlebih MSG. "Alter-alter" sikit sampai sedap....bubuh limau nipis banyak sikit, hiris nipis-nipis, sedap la tu..

Sediakan jag-jag air seperti di atas, seawal pagi siapkan air jus, masukkan dalam peti ais. Gelas-gelas sudah tersedia. Jadi bila anak-anak anda nak minum mereka boleh menuangnya sendiri
Selain dari itu anda boleh peruntukkan satu hari tertentu untuk hanya menyiapkan perkara-perkara berikut, setkan satu hari dalam seminggu untuk anda membuat operasi :
1) Kupas bawang sebanyak-banyaknya untuk tempoh satu minggu - masukkan di dalam peti sejuk.
2) Potong cili kering, masukkan periuk jerang atas api, tapis untuk menyingkirkan biji dan blender - simpan dalam peti sejuk.
3) Lauk-pauk seperti ikan-ikan, boleh disiang dahulu, bagaimanapun sesetengah orang berpendapat akan terkurang rasanya tetapi terpulang la kepada citarasa keluarga anda.
4) Daging - boleh dicincang kecil-kecil, basuh, toskan dan masukkan peti ais - ini untuk masa-masa urgent jika anda ingin memasak mee goreng, mee siam...sangat memudahkan anda.
5) Susun semua lauk-pauk itu atau masukkan di dalam tupperware dan tetapkan hari bila untuk anda memasaknya, susun mengikut hari. Sangat memudahkan anda bagi yang bekerjaya

Lebih memudahkan jika anda masukkan cili giling itu di dalam coningware seperti di atas, senang sikit sebab anda boleh terus memanaskannya di atas stove bila memerlukan seperti untuk memasak asam pedas, mee goreng dan macam-macam lagi.







Basuh semua telur yang anda beli, lapkan dan masukkan ke dalam peti ais. Jangan tak basuh ya puan-puan... So bila dah tersedia macam tu kan memudahkan anda kalau tetiba anda tak sihat. Buat je sarapan omellete untuk anak-anak anda, kalau dah malas sangat buat je telur setengah masak ke... sup telur ke.





Sediakan bekas rempah... kalau boleh biar semuanya jenis serbuk seperti serbuk jintan manis, serbuk lada sulah, serbuk kunyit, serbuk lada hitam.... jadi anda tidak lagi perlu bersusah payah menumbuk. Kalau dah terlebih rajin tu tak apa la kalau dah sibuk sangat.... mana nak fikir menggosok baju suami, anak, esok nak kerja, tetiba ada tetamu pulak.... bersembang sampai malam.... So, nak siapkan sarapan atau nak menggoreng ikan, gunakan saja yang serbuk, ketepikan kesempurnaan dalam masakan.... bak kata orang kalau dah memang pandai memasak ....pakai apa pun jadi sedap.


Gantikan penggunaan pisau dengan gunting - maksudnya kalau selama ini anda memotong sayur menggunakan pisau, cuba tukar kepada gunting. Begitu juga ketika menyiang ikan, bahagian seperti sirip, muncung guna saja gunting untuk membuangnya, lagi mempercepatkan tugasan anda.







Sediakan juga gunting lain untuk memotong sandwich,kuih-kuih kering seperti karipap dan doughnat atau sebagainya. MM berkata demikian mengapa, MM pernah terbaca kat satu artikel di sebuah majalah terkemuka tu (lebih kurang 3 tahun lepas) jika kita memotong daging elakkan menggunakan alas pemotong yang sama dengan alas pemotong sayur sebab bakteria yang terkandung di dalam daging mungkin tidak mati apabila sayur tidak dimasak lama. Lebih kurang macam tu la artikel tu. Entah la..MM ikut je mana yg termampu. MM memang ada 2 pun alas pemotong, satu yg besar utk memotong daging, satu yg kecil utk memotong sayur tak pun sayur memang MM gunting je terus tak payah pakai alas. Waallahualam.


Bagi yang mempunyai anak kecil, beli botol susu tu banyak sikit, basuh kesemuanya, sediakan bekas susu seperti di atas, senang sikit tak perlu nak pakai skop. Bagi yang mempunyai pembantu rumah pun anda boleh buat cara ni.... pagi-pagi anda siapkan bekas tu mengikut ketetapan jumlah skop dan anda just meminta pembantu rumah anda serve untuk bayi anda. Biar buat kerja lebih sikit tak apa asalkan pembantu rumah anda tu tak terkurang bancuh atau mungkin membuat kerja sememeh... biar kita sendiri yang masukkan susu tu ke dalam bekas susu di atas, jadi ada la air tangan kita untuk anak tadi walaupun kita berkerjaya.







Bekas beras. Beli saja bekas beras seperti di atas, senang sikit anda tak perlu membuat sukatan beras lagi.


Untuk membasuh pinggan mangkuk, masukkan sedikit air suam ke dalam mangkuk pencuci basuh pinggan anda supaya memudahkan kerja-kerja pembasuhan dan menanggalkan lemak-lemak. Ajar anak-anak anda membuang makanan yang tersisa masuk terus ke dalam tong sampah. Kerja anda menjadi lebih ringan.


Jadi sekarang, apabila tip-tip di atas anda lakukan, kerja-kerja di dapur anda menjadi lebih pantas. Anda boleh melakukan banyak aktiviti lain seperti mengajar anak anda mengaji atau anda sendiri yang mengaji atau bagi yang bekerjaya tu... anda kini sudah ada masa untuk suami dan anak-anak anda.... kalau asyik sibuk di dapur je bila pulak anda nak bermesra dengan mereka yang sudah seharian anda tinggalkan.










Ini pula "maid" terbaru saya (update 29/04/2011)
senang untuk saya membuat lodeh mahupun lontong...
(klik sini untuk entry terbaru saya ~ harga botol2 sos untuk roti jala/ketayap)

Baiklah mungkin anda ada tip-tip lain yang lebih bernas. Boleh komen apa saja. Terima kasih dan jumpa lagi. Salam manis dari Miss Mirror untuk anda semua.

No comments:

Post a Comment

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.