Haii....Assalamualaikum semua. Seharian ni Miss Mirror sibuk sedikit sebab hari ini sebagaimana lazimnya hari Khamis cleaner datang mencuci rumah. Apa kaitannya cleaner dan kesibukan ya?
Mengapa tidak, MM sebenarnya tidak berapa selesa memasak ketika ada orang lain lalu lalang...biasalah MM ni belum taraf chef lagi, dan lagi MM memang tak suka mengganggu tugas-tugas mereka dan lebih suka stay je kat tingkat bawah kalau mereka mencuci di tingkat atas dan sudah pasti bila dah stay kat tingkat bawah tu tak dapat la MM mengadap PC ni. Memang sebelum ni ada pakai wireless tapi entah macam mana, semakin memakainya semakin pula bermasalah, so MM dah buang dah wireless tu.
Sebut pasal rumah dua tingkat ni...anda bagaimana? Penat? Hmm.. sebenarnya satu exersice juga untuk anda. Ada baik dan buruknya bukan? First...spt yg disebut tadi, tak payah diet pun badan akan tetap kekal langsing sebab selalu turun naik tangga. Second, ruang tamu kemas sikit la sebab anak-anak suka melepak je kat tingkat atas, nak membuat kecah pun selalu dalam bilik mereka di tingkat atas...so kira selamat la tu kan?
Third... bila tidur tu rasa selamat..sebab MM masih ingat dulu masa MM stay kat sebuah taman perumahan, sedang MM dibuai mimpi di siang hari, tetiba pintu tingkap diketuk bertalu-talu... waa seramnya. MM ke pintu utama untuk menjengah. MM pun buka la pintu. Tetiba muncul seorang lelaki bertopi keledar..muka memang macam samseng, di tangannya tergenggam parang... Menjerit dengan suara bengis memanggil nama yang MM sendiri tak kenali. Dengan sekuat hati MM pun apa lagi, buat suara tinggi biar dia takut dan tarik pintu kayu terus hempas cepat-cepat dan kunci rapat-rapat. MM berasa hairan macam mana dia boleh lepas dari pintu pagar tu kan bermangga. Baru MM teringat, hari tu hari Jumaat... ingat ya puan-puan. Hari jumaat ni selalunya Penyamun-penyamun ni mengambil kesempatan sebab mereka tahu suami kita sudah pasti tiada di rumah sebab solat jumaat.
Oleh kerana lelaki itu gagal memperdayakan MM, dia pun terus berlalu dengan membonceng motor sorang kawan dia yang dah pun menunggu di luar pagar. Heh heh heh...sebenarnya kan...MM ni tak la seberani itu. Masa kejadian tu MM bukanlah sorang pun..he he he..adik aku, Puan Mar ada menemani sbb aku tgh pantang klu tak silap masa tu. Kira penyamun tu tersilap hari la tu. Padanlah dgn muka dia!
Itu la yang MM nak cerita pasal rumah bertingkat atau tidak ni...pro dan kontranya. Masa kecik-kecik pulak MM ni bila malam tu kalau emak ayah tak de je..(pergi kenduri), selalu memang susah nak lelap sebabnya macam terdengar-dengar bunyi orang memakai selipar di bawah rumah lalu lalang. (tak pasti la sama ada bakal penyamun jugak ke atau dikuasai perasaan takut tu yg terdengar bunyi macam-macam tu). Masa tu dalam fikiran berkata-kata :
"nasib baiklah rumah aku ni rumah atas..kalau rumah bawah.... Mak oiii...lagi la seramnya aku..".
Yang tak bestnya pulak rumah bertingkat ni ya puan2... selain penat sebab selalu turun naik. Bila nak turun memasak tu, terutamanya time puasa la...sahur kan bangun seawal pagi...memang ser ser. Tapi bulan puasa mana ada setan kan?
Ketiganya kalau anak-anak masih kecil lagi, memang membahayakan.. pernah satu malam tu, masa tu si Shashal kecik lagi, belum sampai setahun. Sedang MM tidur kat bilik tu tetiba MM terdengar suara merengek.. MM pun cari la...eh kat mana budak ni suara je ada.... la rupa-rupanya dah kat 5 anak tangga menuju ke bawah, nasib la tak tersungkur. Mengenang dia baru pandai merangkak masa tu memang ajaib macam mana dia boleh turun dengan selamatnya. Moralnya di sini..kunci la pintu bilik sekiranya anda nak tidur jika rumah anda bertingkat-tingkat.
OK la MM nak tido la.. dah penat dah nak cerita pasal tangga-tangga ni. Apa yang penting RUMAHKU ADALAH SYURGAKU. Apa yang suami hadiahkan tu, hargailah ianya. Mari kita mencipta syurga di kediaman kita.
No comments:
Post a Comment
"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.