Friday, February 6, 2009

TIP MEMASAK TOM YAM




Dah lama Miss Mirror tak masak bubur pulut hitam ni. Hari ni oleh kerana kepala terlalu senoneng, MM sediakan je bubur pulut hitam untuk sarapan si Fyzul.. dia sangka mamanya masakkan dia coklat.... nampak je warna kecoklat-coklatan dia panggil coklat, kicap pun dipanggil coklat. Pendek kata anak teruna MM ni memang penggemar coklat, kalau si Ain dan Qistina pulak suka strawberry bersalut coklat...eh dah jadi Datuk Siti plak ya, tapi MM sendiri pun memang suka strawberry bersalut coklat tu... sedap betul la.

Gambar bawah tu pulak special request from Ain, tomyam yang menjadi kegemarannya sejak dari dalam perut lagi. Senang sikit masak tomyam ni tak memeningkan kepala tapi sayangnya ia bukan favourite my hubby. Kalau nak masak memang kena tunggu dia outstation.

MM banyak dapat tip dari SUE Esa pasal masak tomyam ni, thanks a lot SUE... Kalau nak masak tomyam ayam, biar rebus dulu ayam tu utk hilangkan hanyir, udang pun mcm tu utk hilangkan rasa manis udang tu. Eh ya ke SUE??..Dah lama la MM dapat tip ni..ada la dalam 10 tahun yg lalu masa Sue stay kat JB lagi... tu yg ingat tak ingat tu.

Lagi satu tip elakkan membubuh bawang putih sebab nanti rasanya dah lari. Tapi yang ni MM bergantung pada arahan resepi yang ada pada botol tomyam paste tu. Kalau dia sebut perlu bawang putih, MM bubuh la bawang putih. Tapi selalunya memang tak bubuh la.

Ada lagi satu petua dari seorang mahkluk, dia kata kalau nak mencantikkan kuah tu...blend sekali buah tomato ke dalam bahan2 tu biar nampak kemerah-merahan dan tumis together. Ada juga MM terbaca, blendkan kulit udang yang telah digoreng bersama-sama bahan-bahan tesebut. Wah macam-macam tip pulak ya.

MM pun nak mengucapkan terima kasih pada sifu-sifu masak yang dah mengajar MM selama ni. Semalam MM masak kari ayam, teringat MM pada dua orang sahabat baik MM masa zaman anak dara dulu. MM belajar masak kari tu dengan mereka. First dengan Cingai... entah kat mana la ko Cingai sekarang ni??? Cingai ni walaupun lelaki memang pandai memasak. KN ingat lagi tak dgn Cingai? MM masih ingat dulu dia selalu berniaga kuih masa dekat-dekat nak raya tu.

Kedua dengan Nz... dia ni pun terror masak kari. Entah kat mana la ko Nz? Sue ko pasti kenal dengan Nz tu... dan ada juga MM belajar masak kari dengan jiran sebelah rumah MM, si Indra.. dia siap buat rempah kari sendiri, caranya lebih kurang mcm ni... MM pun ingat-ingat lupa : bawang putih bawang merah, halia, kunyit, ketumbar jintan, cili kering, blend together...lepas tu tumis macam biasa.... so, jadilah kari buatan sendiri... jangan lupa daun kari ketika menumis tu.

Eh ok la...hubby dah balik outstation pulak... nak guna pc ni...byee jumpa lagi. Ceria-ceria selalu. Hargai apa yang kita miliki, pasti hati kita akan berasa tenang. Assalamualaikum.





2 comments:

  1. cingai?yang mana satu ek? dah lupa lah MM?

    ReplyDelete
  2. Ala Cingai pun x kenal ker?? Yang hensem giller ala-ala model Singapore tu... Malas aku nak sebut nama betul dia kat sini..

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.