Saturday, February 7, 2009

MORNING COFEE

ETIKA DI MEJA MAKAN

 
"EMMM.... AROMANYA!!!"



Of course ini untuk MM... dah semakin berusia ni kena kurangkan minum ais, tapi kopi tetap kuminum sekali-sekala.
Bila minum kopi di dalam cawan ni teringat masa kursus "table attique" untuk subjek PERSONALITI dulu, atau dibahasa malaysiakan ialah Etika Di meja Makan, elakkan menghirup menggunakan sudu. So, how do you like your cofee???? BLACK or WHITE??

 
 
Yang ni pilihan sHASHAL... Butter rice with hot dog.
Yang ni pilihan my hubby.... roti pita with butter rice.. Sekarang ni memang we all tengah kemaruk makan di Nando's tu. Sos-sos dia sedap!!! Breakfast plus lunch. After lunch menyoping beli bahan-bahan untuk membuat kek marble. Belum start lagi..next week baru nak masak kek tu, hari ni busy.


UNTUK TABLE ATTIQUE :-
~~~Letakkan napkin di atas riba ya... bukan macam kanak-kanak kat leher tu..~~~
~~~Beg tangan jangan sekali-kali diletak di atas meja...sebaliknya di kerusi anda.~~~
~~~Makan roti mencubit sedikit-sedikit sambil membubuh jem atau butter tu..
.... jangan terus ngappp masuk mulut sebesar-besarnya.~~~
~~~Jangan masukkan tisu yang kotor ke dalam pinggan.~~~
~~~Jika ingin mencungkil gigi, tangan kanan pegang penculik gigi dan tangan kiri menutup mulut anda.~~~
~~~Jangan sekali-kali bercakap sambil tangan anda yang sedang memegang garfu tu mengaju-aju ke arah teman anda...spt ALA KASSIMMMM!!!!~~~
~~~Elakkan bercakap ketika mulut sedang penuh dengan makanan.~~~
~~~Duduk dengan badan lurus dan tidak bongkok.~~~
~~~Beratur jika makan buffet dan tidak berebut-rebut.~~~

Anda ingin kelihatan seperti Sang Puteri kan? Cubalah table ettique di atas... Kalau MM la kan... makan setakat dengan family2 & kiter2 je di hotel tu...main  REDAH JERRRR!!!!!


No comments:

Post a Comment

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.