Tuesday, February 10, 2009

Siapa Nak Makan Sambal Telinga??











Seram tak dengar?? Jangan suspen... itu just kata-kata si kanak-kanak kecil berusia
4 tahun. Ain memang suka sangat makan sotong tapi sewaktu usianya baru saja 4 tahun, dia tak tahu bagaimana nak sebut perkataan sotong tu so dia cakaplah...

"Mama nak telinga... Mama nak telinga"..

Resepi kegemarannya ialah Sotong Goreng Crispy tu la. Lagi sedap kalau baby sotong. Memang menyelerakan.

Sotong apabila kita potong bulat memang seakan-akan telinga... he he he. Buat orang hilang selera je nak makan. Dia dengar entah dari siapa la tu... Miss Mirror pun tak pasti.

Satu perangai Ain ketika kecil apabila kita cuba nak "mengendeng" minumannya dia akan cakap :

"Eh air ni mashin la Mama..Mashin...Mashin" Maksudnya tu dia cakap air minuman tu masin la so bila dia cakap macam tu kami tak berminat nak meminta dari dia. He he he..nak kelentong dengan kami yg dah banyak makan garam ni...Ain Ain. Itu la keletah puteri sulongku ketika kanak-kanak.

Kita lupakan kisah zaman kanak-kanak si Ain (skrg pun masih kanak2 lagi...baru darjah 5 pun)...sebab hari ini MM ingin kongsikan resepi memasak Sambal Siut (entah la napa pulak dipanggil sambal siut...MM pun heran)...macam gurauan nakal..."eh siutlah dia.."... Kedengaran macam tu pulak ya.



Mudah je membuatnya:

2 ulas Bawang besar potong baji
3 ulas bawang putih
sedikit belacan
lada merah dan lada putih potong 2
sedikit asam jawa

Cara

Hiris kesemua bahan-bahan di atas
Tumis hingga bawang-bawang menjadi layu
masukkan belacan, kacau sebati
Masukkan lada
masukkan sotong
masukkan asam jawa, sedikit garam dan perasa

* Jika tidak suka sotong boleh digantikan dengan ikan bilis hitam yang telah dibuang isinya.

No comments:

Post a Comment

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...