Hari ini Miss Mirror (MM) busy lagi sebab ada banyak permintaan dari client. Nampaknya stok yang MM borong dari MS tu memang betul-betul berhantu. Ko dah jampi apa dengan UBAT tu MS?? Ha ha ha. Petang tadi kakak yang MM jumpa semalam tu dah call minta stok untuk kawan-kawan dia macam tak sabar-sabar je bunyinya. MM tak kisah sebab esok MM memang nak keluar pun... nak beli "catridge" sebab dah habis. Anak-anak la punya kerja suka print gambar sesuka hati. Susah kalau printer "tak jalan" ni sebab MM banyak kerja nak buat dalam minggu ni.
Rupa-rupanya ada hikmah di sebalik bank "out of service" semalam ya. Wah!! Kita memang kena selalu positif jika ditimpa masalah sebab pasti ada hikmah di sebaliknya.
COMEI... bukan main lagi anda ya siap pergi SPA lagi tu. MM memang belum sempat nak pergi SPA lagi ni. Ala yang kes calling2 hari Ahad tu MM tak kisah pun, MM suka je kalau kengkawan telefon... hubby dah mula paham dah career baru MM ni malah you know dia baru je belikan MM handphone baru semalam. Terkejut juga MM tapi MM tak tanya kenapa sebabnya tetiba dia belikan, sebab yang MM impikan pc baru. Tapi MM terdengar hubby cakap dengan anak-anak ...
"Sebab Mama dah minat sangat nak bisnes... Abah belikan Mama handphone baru." Hubby MM memang suka bergurau-gurau dengan anak-anaknya.
Ha ha ha. Ketawa MM sorang-sorang. Agaknya sebab hubby dah mula nampak "manfaat" di balik bisnes on line ni kot? Sebelum tu nak join mana-mana MLM macam terhalang sebab memandangkan perlunya komitmen yang lebih contohnya perlu menghadiri demo, mesyuarat. Rasa membebankan sungguh, terfikir anak-anak nak ditinggalkan dengan siapa? Hmm... Jangan sebut pasal pembantu? MM belum pernah terfikir untuk memilikinya lagi.
Tapi kan Mei...sampai sekarang MM malas nak study buku manual pasal h.phone baru ni... entah apa entah. Ada 3G? Web? Entah la... pelan-pelan la nanti MM baca. Kalau Comei expert... jangan lupa kongsikan ilmu tu ya. Malas betul la MM nak baca. Sekarang nak settlekan pasal permintaan pelanggan-pelanggan yang tak menyempat-nyempat ni sampai busy nak buat posting. Esok MM subuh-subuh lagi dah keluar pi jumpa kakak tu. Lepas tu ingat nak buat appointment dengan sorang x-classmate la (dak TIJB... ada banyak perkara nak dibincangkan). Tengoklah kalau beliau sempat, maklum saja seorang career woman sepertinya yang sering terikat dengan jadual kerja yang agak ketat. Kalau tak sempat hari esok.. lusa, tulat
pun MM free. Just drop me a line or two. Ok.
Ok la... MM nak jenguk satu blog seorang wanita canggih ni sebelum nak masuk tido, pastu nak skodeng jap apa Datin ni buat ...byee.
wah bagus lah MM dah ada hp baru. nanti boleh lah bagi kat KN no. baru MM tu.
ReplyDeletehehehe..canggihnya..pagi2 ni kat opis dah ada makcik jumpa aku tanya pasal product yg warna pink tu..kenela layan dulu..HP aku pun skrg dah mula gendeng..x leh nak ambik gambar..ingat nak beli tapi hold dulu sbb nak beli laptop & nak pasang broadband kat rumah..barule sesuai sebagai wanita canggih...
ReplyDeleteHa ha ha... korang 2 ni.. aku impikan pc baru dapat h.phone baru plak... Takpe aku suka je sbb free.. yg lama tu xde camera la selalu klu nk ambik pic pun bwk camp corder yg sebesar2nya.
ReplyDeleteH.p lama MM dah pass kat si Ain.
No. MM tetap sama... senang2 MM bg kt KN nanti. Jgn lupa baca artikel baru ttg kelebihan kelapa dara tu ya... byk lg testimoni.. senang2 nanti MM email.
Buat COMEISARI...Tahniah! Aura ko gi spa dah terserlah kot tu yg semua client cari ko. Syabas. Jgn lupa jenguk KANGENCHAT..ada si Poyo antar komen.
Ni dah nak keluar dah.. Byee semua.