Thursday, February 26, 2009

BEBERAPA TIP UNTUK ANDA KELIHATAN MUDA

MM tujukan artikel ini kepada KN yang sibuk buat ujikaji. Baca ya KN. Ianya ada kait mengait dengan MINYAK KELAPA DARA dan kelebihannya yang KN nak tau tu. TIP AWET MUDA... jangan tak tau kalau orang terkejut bila MM kata usia MM ni 36... Mungkin kot sebab perkara-perkara di bawah. MM masuk bakul ni...sapa nak naikkan atas lif. Cepat!!! MM just gurau je ya... tiada maksud ingin bertakabur di ruangan ini.

 
  1. Kawal dari pendedahan cahaya matahari yang berlebihan - YES! MM no problem.. jarang pun keluar dari rumah tanpa sebab musabab.
  2. Elakkan dari amalan ‘Diet Yo-Yo’? - Apa tu? Diet yang sekejap kurus sekejap gemuk kot? Ada kot MM ni... selalunya bila nak gi majlis baru sibuk nak makan banyak untuk dapatkan berat yang ideal. Kalau tak MM kurang makan sebab busy sangat.
  3. Tidur yang cukup? - Waa... ini problem sikit sebab MM ni semakin malam semakin busy dengan pc. Tapi boleh adjust2.
  4. Penggunaan minyak kelapa dara - YES!!! Memang MM pakai punn... Lega. Penggunaan minyak kelapa dara sebagai losyen adalah kaedah yang ideal untuk mengembalikan keremajaan kulit anda. Ia bukan sahaja menghalang pembentukan radikal bebas yang membinasakan, serta bertindak melindungi dari tindakbalas radikal bebas tersebut malah ia juga mampu mengekalkan kulit dari membentuk jeragat dan masalah kulit lain yang disebabkan oleh factor penuaan dan pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari. Minyak kelapa dara mampu mengekalkan tisu ‘connective’ kulit menjadi kuat dan lembut, dimana ia membantu menghalang kulit dari kendur dan berkedut. Dalam keadaan tertentu ia mampu memulihkan kulit yang rosak atau kulit yang dijangkiti penyakit. Minyak kelapa dara bukan sahaja memberikan kelegaan sementara kepada kulit, tetapi ia juga membantu memulihkan dan memperbaiki kulit, dan ini tidak dapat dilakukan oleh sebarang jenis losyen. Ia berperanan mengembalikan keremajaan pada kulit anda dengan menanggalkan sel-sel luaran kulit yang mati. Minyak kelapa dara akan meresap jauh hingga ke lapisan bawah kulit dan akan menguatkan lapisan tisu berkenaan. Akhirnya kulit anda akan menjadi lembut serta sihat ‘bercahaya’. Jika anda inginkan kesan pemulihan maksima, anda perlu memilih minyak yang benar-benar berkualiti, bebas dari sebarang bahan kimia, tidak dinyah warna serta tidak terhidrogen. Kesemuanya ini terdapat dalam minyak kelapa dara.
  5. Rehatkan otot-otot muka? - Macam mana tu ya?
  6. Elakkan merokok? - Oh MM tak merokok.

Itu je buat masa ni KN... baca betul-betul tu ya. MM doakan KN sukses dengan ujikaji tu.


No comments:

Post a Comment

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.