Assalamualaikum semua...
Hari ini ada cerita suka dan ada juga cerita duka... Yang suka pastilah tentang bisnes tu... Alhamdulilah. Kita memang kena sentiasa optimis sebagaimana di dalam artikel sebelum ini tentang "gelombang minda" tu. Jangan mudah mengatakan "tidak boleh". Usaha dulu sehabis-habisnya.
Siang tadi di pasaraya terkemuka di Johor Bahru ni, sedang MM berlegar-legar mencari troli (untuk memasukkan kedua orang anak MM yang semakin nakal berlari-lari), MM telah disapa oleh seorang wanita yang MM kenali. Gang bas sekolah. Anda memang tak mengenalinya pun.
"Wah! Awak dah bergaya la sekarang.." puji MM padanya yang cantik bertudung ala Ekin dan wajahnya bermake-up tipis. Sebelum ni MM menemuinya dalam keadaan pucat dan kelihatan berumur walaupun usianya baru saja 32 tahun.
"Iya.... habis suami dah tak ada... bergaya la kita". Luahnya sambil diiyakan oleh sahabat di sebelahnya. Kasihan sungguh wanita malang ini.
Tak tahulah MM, MM seperti tidak terkejut sangat waktu itu. Entah kenapa... Mungkin sebab dah biasa sangat mendengar insiden-insiden seperti ini di sekeliling MM. Nauzubilah... jangan la berlaku kepada kita semua para pembaca.
Tetapi MM suka dengan semangat kental yang dimiliki oleh wanita ini. Wanita memang perlu kuat. MM meminjam kata-kata Abby Abadi. Wanita bertudung ala Ekin ini nampaknya ingin keluar dari "resah"nya selama ini dengan membuka buku baru dan imej yang baru.
Sedang MM berbicara dengan kedua wanita itu, tetiba telefon berdering. Dari nombor yang tertera, Puan x....seorang kenalan lama. Tetapi bukan GANG BAS SEKOLAH.. Yang ni gang Driving School... Kedengarannya seperti menangis.
Sekali lagi MM tidak terkejut, oleh kerana kedua wanita di hadapan MM tidak mengenali Puan X, MM berikan laluan kepada Puan X meluahkan kesedihannya. Tentang kecurangan lagi dan lagi dan lagi... Entah sampai bila semua ini berakhir? Puan X memberitahu, selepas ini beliau akan memfailkan penceraian sebab fikiran sudah seringkali terbeban dengan kerenah suami yang sering pulang lewat malam, keluar dengan perempuan.
Oleh kerana MM tidak terlalu fokus, suasana pasaraya tu terlalu bingit MM tak memberikan apa-apa komen pun. Just... huh? huh?...apa? Itu saja la padahal kalau boleh MM nak minta dia bersabar dahulu. Fikirkan tentang anak-anaknya yang seramai 4 orang tu. Sebelum ringg off... MM forwardkan alamat WEB BIO ASLI kepadanya untuk beliau mengorak langkah baru. Kasihan... beliau tidak bekerja, sekurang-kurangnya dengan berbisnes ni fikiran tidak la terlalu rungsing memikirkan yang tidak-tidak.
Tentang wanita bertudung Ekin yang baru bercerai di depan MM, tentang Puan X yang sedang menangis-nangis... MM masih tidak mahu mengatakan fenomena kecurangan ini semakin menjadi-jadi. Ramai lagi suami-suami yang setia di luar sana, syaitan memang selalu membisik-bisik ke telinga suami dan isteri ini supaya meruntuhkan masjid yang terbina. Siapa kata tiada isteri yang curang?? Untuk mengelakkan kecurangan itu berlaku...
JAGA RUMAHTANGGA anda sebaik-baiknya ya tuan-tuan. KLIK kat tulisan tu ya. Layan diri.
Baiklah kaum wanita yang MM hormati, daripada asyik terlalu memikirkan masalah demi masalah yang kadangkala bukan masalah pun... baiklah kita cari duit je. Jaga kesihatan, jaga "keintiman". Untuk menjaganya gunakanlah produk BIO-ASLI.
Dengan ketabahan yang anda miliki, dengan usaha yang jitu sinar terang pasti mewarnai kehidupan anda untuk lebih berjaya di kemudian hari.
Buat kedua wanita malang itu, bersabarlah menghadapi dugaan Allah. Hidup di dunia ini hanyalah sementara. Apa yang ada di atas muka bumi ini hanyalah seumpama "patung mainan" jika ingin dibanding dengan nikmat syurga yang tidak terhingga. Jika seseorang itu menangisi kehilangan "harta"nya seolah-olah beliau menangisi kehilangan patung mainannnya.
Eh apa yang MM upload kat bawah ni???? Ter' upload pulak.... Sebenarnya ini bukan gambar GANG BAS SEKOLAH tapi budak-budak TIJB.... ada sorang tu orang kampung MM. You all kenal ke tak?.
Mana pulak gambar cup cake yang MM buat hari tu... alamak belum masuk kat PC lagi la... Lain kali la MM upload ya siap dengan resepi-resepinya sekali. Buat sementara tu tengok-tengok la gambar GANG BAS SEKOLAH ni... mana tau ada yang korang kenal tapi semuanya dah jadi bapak orang dah... maklum dah 36 tahun.
No comments:
Post a Comment
"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.