Tengahari tadi MM lunch dengan dua orang wanita ini. Punya la lama menunggu sampai MM habis berpinggan-pinggan kat Black Canyon tu..baru emak orang berdua ni sampai. Hari ni kan hari Jumaat, lunch time lama sikit. Niza ko memang tetap maintain "gila-gila" walau dah bergelar lecturer gitu.. masih macam dulu. MM masih gedik lagi ke?? Kurang sikit kot? Apa-apa pun ko memang superwoman. Wanita Besi!! Kalis cabaran... Wah..
Senang-senang nanti kita ngeteh sekali dengan Yati... Kay! Suruh dia pulak yang belanja sebab "wanita cool" tu dah naik pangkat. Lupa plak MM nk ucapkan tahniah walau selalu chatting2. Entah lerr.
Masa yang sering mencemburui kita tu membuatkan kita tak sempat nak "mengumpat-ngumpat" siang tadi. Apa-apa pun MM nak minta maaf la dengan budak-budak TIJB yang mungkin ada MM umpatkan tu. Maafkan ya... ha ha ha. Jangan la marah... kami sekadar mengimbau kenangan silam. "Kenangan pahit" tetapi manis apabila diimbas kembali.
No comments:
Post a Comment
"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.