Saturday, February 28, 2009

RAHSIA KULIT CANTIK DAN AWET MUDA

Kita menggunakan losyen tangan dan badan untuk melembutkan kulit agar ia kelihatan lebih muda. Namun kebanyakan losyen hanya menambah kekeringan kulit. Krim komersial sebenarnya sangat banyak kandungan airnya. Kelembapan darinya dengan cepat diserap ke dalam kulit yang kering, dan kulit yang berkedut. Pada saat air memasuki kulit, kulit akan memperluaskan jaringannya, seperti halnya mengisi belon dengan air, yang mengakibatkan kedut akan hilang dan kulit akan terasa lebih lembut. Namun ini hanya sementara, setelah air menruap atau dibawa aliran darah, kulit akan kembali kering dan berkedut.

Persoalan yang timbul apakah kulit kering dan berkedut dapat diubati dengan losyen badan? Pastilah jawapannya tidak boleh untuk kulit kering dan berkedut dipulihkan dengan perawatan tubuh biasa. Kebanyakan losyen diperbuat dari minyak yang merupakan minyak sayur yang telah diproses panas dan hidrogenasi sehingga tidak ada antioksidan sebagai pelindung semulajadi yang memberi banyak manafaat pada kulit.

Rumpai Laut Kolagen - Satu ikhtiar memperlambatkan 
proses penuaan kulit yg sangat berkesan


Jenis minyak yang disapukan pada kulit atau diminum dan dimakan akan mempengaruhi jaringan tubuh. Minyak mempunyai pengaruh nyata pada jaringan-jaringan tubuh, terutama sekali jaringan connective yang merupakan jaringan paling banyak dan menyebar luas di dalam badan. Jaringan ini boleh ditemukan pada kulit, otot, tulang, saraf dan semua organ dalaman badan. Jaringan connective terdiri dari serat-serat kuat yang membentuk kerangka pendukung dari semua jaringan tubuh. Dengan kata lain, ia menyatukan semuanya. Tanpa serat-serat connective akan menjadi jaringan tanpa bentuk. Pada saat umur semakin tua sebahagian tubuh mengendur dan menjadi terganggu kerana terkait dengan kerosakan jaringan connective, sehingga kelihatan terpecah-pecah.

Kulit disatukan oleh jaringan connective yang memberikan kekuatan dan keanjalan pada kulit. Ketika masih muda dan sihat kulit kelihatan halus, anjal dan mantap, kerana pengaruh jaringan connective yang kuat. Pada saat mulai tua, serat-serat ini telah rosak kerana reaksi bahan radikal yang menyebabkan jaringan connective jadi mengeras dan kehilangan keanjalan mahupun kekuatanya. Kulit kehilangan kemampuan untuk menyatukan bahagian-bahagiannya dan mulai mengendur dan berkerut. Akibatnya kulit yang muda, lembut dan halus akan menjadi kering dan mengeras.

Jika telah bermula reaksi radikal bebas di mana akan menyebabkan reaksi berantai yang menghasilkan lebih banyak radikal bebas, ribuan molekul akan terdedah pada kerosakan. Dalam keadaan demikian satu-satunya cara untuk mengurangkannya adalah dengan memberikan antioksidan. Ketika radikal bebas berhubungan dengan antioksidan, reaksi berantai dihentikan. Atas alasan ini sebaiknya tubuh mempunyai banyak antioksidan yang tersedia dalam sel dan jaringan untuk melindungi reaksi radikal. Jumlah antioksidan yang dipunyai dalam jaringan ditentukan oleh bahan zat di dalam makanan. Reaksi radikal bebas terjadi di dalam tubuh secara tetap kerana ia merupakan hasil kehidupan dan pernafasan yang tidak boleh dielakkan. Namun setiap orang mempunyai jumlah radikal bebas yang berbeza-beza kerana banyak faktor lingkungan mempengaruhi jumlah radikal bebas. Misalnya, mengurangi pengambilan makanan yang mengandungi bahan antioksidan (misalnya, vitamin A, vitaminC dan vitamin E) akan mengurangi jumlah sel yang melindungi dari radikal. Merokok dan bahan tercemar juga banyak menciptakan radikal bebas. Radiasi, termasuk cahaya ultra violet dilaporkan dapat merangsang timbulnya radikal bebas. Bahan kimia seperti racun serangga dan bahan pengawet makanan juga dapat meningkatkan aktiviti radikal bebas. Selain itu minyak sayur yang biasa digunakan dalam makanan dan produk perawatan tubuh juga dapat menyebabkan radikal bebas ini.

Pemprosesan minyak secara konvensional banyak menghilangkan minyak poli-tak jenuh dan antioksidan semulajadi. Tanpa antioksidan ini ada kecenderungan pada kenaikan radikal bebas di dalam mahupun di luar tubuh. Oleh kerana itu mengapa mengambil minyak sayur boleh menyebabkan kekurangan vitamin E dan antioksidan lainnya. Antioksidan digunakan untuk memerangi radikal bebas. Jika minyak sayur disapukan pada kulit, maka terbentuklah radikal bebas yang menyebabkan kerosakan kekal pada jaringan connective. Begitulah juga jika menggunakan losyen atau krim yang mengandungi jenis minyak sayur, ia akan menyebabkan kulit kelihatan tua lebih cepat. Losyen ini mungkin memberikan pemulihan sementara namun mempercepatkan penuaan kulit, bahkan meningkatkan risiko diserang kanser kulit. Bayangkan, anda memakai losyen kerana inginkan kulit yang cantik tetapi yang berlaku sebaliknya pula.
Salah satu petanda klasik usia tua adalah munculnya jeragat pada kulit yang dinamakan lipofuscin. Ia merupakan tanda kerosakan radikal bebas lipids (lemak) pada kulit. Oksidasi lemak poli-tak jenuh dan protein oleh aktiviti radikal bebas pada kulit dikenali sebagai penyebab utama jeragat. Ia tidak melukai atau menunjukkan tanda-tanda ketidakselesaan. Kadang-kadang ia tidak boleh dikesan sehingga tiada seorang pun mengetahui mereka sudah terkena jeragat. Walaubagaimanapun jeragat ini tidak mempengaruhi kesihatan, tetapi ia hanya mempengaruhi penampilan luaran sahaja. Kalau jeragat ini dapat dilihat dengan jelas di atas permukaan kulit, ia sebenarnya terbentuk juga di dalam jaringan lain diseluruh tubuh, seperti pada usus, paru-paru, ginjal, otak dan lain-lain. Ia adalah mewakili kawasan-kawasan yang dirosakkan oleh radikal bebas. Semakin banyak jeragat pada kulit, semakin banyak juga akan berlaku didalam tubuh, dan ia bererti semakin banyak kerosakkan atau penuaan yang dialami jaringan tubuh.

Pada kadar tertentu kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas di dalam tubuh boleh dinilai melalui kadar jeragat yang terdapat pada kulit. Semakin banyak jeragat tersebut, semakin banyak kerosakan radikal bebas yang terjadi. Semua jaringan tubuh yang terlibat adalah rosak pada kadar tertentu. Kalau ini terjadi di dalam usus, maka ia boleh mempengaruhi kemampuan organ tubuh ini untuk mencerna dan menyerap bahan berzat. Jika ia terjadi pada otak ia akan mempengaruhi kemampuan mental. Dengan demikian, radikal bebas merosakkan jaringan connective yang menyebabkan pengenduran dan hilangnya fungsi kulit. Dan hal yang sama terjadi pada organ tubuh bahagian dalam, mereka mengendur dan menjadi kacau. Kulit bagaikan sebuah jendela, boleh memberikan gambaran apa yang berlaku di dalam tubuh. Apa yang dilihat di luar mencerminkan sebahagian besar apa yang sedang terjadi di dalam tubuh.

Oleh kerana sel-sel tidak boleh menghapuskan pigmen lipofuscin, maka pigmen lipofuscin tersebut secara perlahan-lahan akan membiak di dalam sel tubuh pada waktunya usia semakin meningkat. Pada saat lipofuscin pigmen berkembang, ia cenderung untuk melekat di situ seumur hidup. Walaubagaimanapun pembentukannya masih boleh dicegah dengan pemakaian dan juga pengambilan minyak kelapa dalam pemakanan.


1 comment:

  1. Assalamualaikum

    Salah satu cara berkesan bagi menampilkan kulit sihat, berseri, adalah dgn membuat rawatan menyingkirkan kuman dan kotoran dalaman. Info lanjut ada di:

    Rawatan Kecantikan Kulit

    Bila byk perosak keluar, kulit akan berpeluang sihat sejahtera. Tq.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.