Sunday, March 1, 2009

SAYANGI ANAK ANDA

Malam tadi MM telah tersesat di satu blog seorang wanita ni... tak kenal pun.. tapi sedih la MM membacanya sampai mengalir air mata. 

Si Ain tanya... "Mama baca apa sampai nangis??" 



Ok now Mama cerita apa yang Mama baca ye Ain.  Ianya adalah kisah seorang ibu yang menghadapi hari-hari tenatnya seorang anak kecil menunggu saat kematian. Gambar-gambar yang terpapar tu membuat MM sedih sangat. Segera MM tersedar, di luar sana ramai lagi insan yang malang. Kehilangan anak.. sesuatu yang bukan calang-calang orang dapat menghadapinya dengan tabah. Namun harus diingat akan janji Allah ke atas ibu-ibu dan bapa-bapa yang kehilangan anak akan nikmat syurga yang tidak terperi hebatnya. Justeru itu mengapa ada manusia kejam yang sanggup membuang zuriat mereka sesuka hati? Adakah disebabkan oleh keterlanjuran? Semoga Allah memberikan mereka hidayah. 

Oh ye.. ada lagi perkara yang menginsafkan untuk direkodkan di sini.  Sepulangnya si Ain camping, dia telah membuat laporan tak rasmi tentang aktivitinya sepanjang perkhemahan selama 3 hari tu.. 

 "Mama... malam hari tu kan, Cikgu suruh kami list downkan 10 nama orang yang paling kami sayang." 


 "Habis tu?" MM masih lagi memandang monitor sambil mendengar Ain bercerita.

 Ain memang talkative. Kadang tu sampai letih mendengar dia bercerita. Berbeza dengan Qistina yang memang tak suka bercakap dan tak suka berkawan. Ada waktunya MM sampai terpaksa menunggu lama baru dapat berbual dengan hubby sebab kerenahnya yang suka mencelah tu. 

 "Ain tulis nama abah, mama, adik-adik, atok, nenek..." 

 "then..??" soal MM lagi sambil menyudahkan mengisi borang depan PC.. exited sangat nak BISNES la kononnya.

 "Then Cikgu suruh potong-potong lepas satu, satu nama lagi kena potong sampai la tinggal 2" 

 "2 nama?? Siapa dia?" MM memberhentikan tugasan untuk mendengar penjelasan Ain.

  "Mama dengan Abah... " jawabnya. 

 "Mesti Ain pilih abah la tu..." dalam hati kecil MM. 

 " Ain pilih Mama... Ain pilih mama untuk jadi orang yang paling Ain sayangi di dunia ini" 

Terharuu MM dengan kenyataan si kecil ini. MM memang selalu mudah naik angin dengan Ain tetapi MM tak sangka Ain memilih mamanya yang buruk ini untuk dijadikan sebagai orang yang paling disayangi di dunia.   Sobzz terharu Mama.

Sedih seketika MM ketika itu tetapi MM diam je tak berkata-kata. Hati si kecil memang bersih. Belum ada rasa dendam di hati. 

Sejak dari hari itu MM cuba cool sikit walau mungkin dia ada membuat kesalahan-kesalahan yang membuat MM naik angin. Selalunya yang buat trigger tu bukan apa.... kami sering tak sependapat di dalam berpakaian. Kira Ain ni  tak suka bergaya kalau nak dibanding dengan kedua adik-adiknya tu. Kalau ayahnya belikan baju walau beratus-ratus dan berjenama hebat sekalipun tetapi jika dia tak berkenan, dia tak nak memakainya. Sudahnya dia keluar dengan baju buruk. Selalunya pakai seluar sukan tu la. Mana la MM tak hot. Membazir je kan?. Lagi satu... tentang pemboikotan barangan dari negara pengganas tu. Memang la MM sokong... masalahnya. Ada ke dia suruh buang.... (memang dia dah buang pun contohnya barangan mandian, stok makanan... adiknya ada bagi tau MM Ain dah buang). Masalahnya barang-barang tu dah dibeli, lain la kalau baru plan nak beli. Kami beli masa belum kejadian serangan ke atas Palestine tu, kira stok lama la ni. Macam-macam perangai si anak sulungku ini. Sebab tu la MM selalu naik angin je. Ha ha ha.   BTW... I love you so much sayang!!!.  Muahhh.

 

1 comment:

  1. Bersyukur kerana mendpt anak yg x pandai membazir & meminta2...susah dikemudian hari kiranya kita didik anak2 kita dgn kemewahan...

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.