Saturday, March 7, 2009

CERITA PEREMPUAN

Cadangan bercuti ke Melaka bulan ni terpaksa dibatalkan kerana bonda mertua jatuh sakit sejak seminggu yang lalu. Istilah saja MM ni "menjaga beliau" tetapi sebenarnya MM banyak habiskan masa dengan serf internet. Sementelaah pula ibu mertua sudah semakin pulih, MM hanya mengambil alih 20% tugas-tugas di dapur... he he he. Nak masak yang berat-berat sangat pun bukannya menyelerakan sangat kalau orang dah sakit ni, so, MM masak yang simple-simple je. Cuaca kat kg ni mmg panas sangat sejak akhir-akhir ni. Kalau dah balik kampung bermakna MM terpaksa melupakan jamu buat seketika. Kalau tidak... bertambah bahang la dibuatnya. Mujurlah ada alternative lain yang menggantikan jamu tu.... sudah pasti produk hebat ini.

Sepanjang di kampung, kebetulan 2 orang downline MM tu datang menziarahi ibu mertua, MM ambil kesempatan itu untuk menerangkan kepada 2 nama popular (popular kat kampung la...bukan kt TV) ini tentang bagaimana nak log in ke pc dan sebagainya. Businesswoman yang memiliki sebuah butik jahitan ini nampaknya begitu teruja sekali dan menujukkan minat yang mendalam. MM memang memuji sikap beliau yang sentiasa positif dan tekun ibarat cogankata TIJB... SEDIA, MAJU TEKUN.... eh cogankata SMKSM apa pulak ya? Lupa la pulak MM ni sedangkan SMKSM ni la tempat MM mengenal...... ha ha ha. Jangan salah paham...tempat mengenal erti hingusan. USAHA JAYA.... ha dah ingat pun. Ya Cikgu... MM akan BERUSAHA dan BERJAYA. Sentiasa BERSEDIA, MAJU dan TEKUN dalam segala yang MM ceburi....

Tadi semasa MM membaca suratkhabar, terpandang wajah pelakon yang tinggi lampai, si Nasir Bilal Khan, (bercerita impian beliau untuk melihat anaknya menjadi ustaz) setiap kali terpandang mukanya tu serta-merta teringat cerita Perempuan Isteri dan Dot dot dot yang MM tonton kt Teruntum 10 tahun dulu tu. Teringat cerita itu, di dalam fikiran MM, mengapalah isteri sampai sanggup memberi makan sesuatu yang dilarang oleh agama untuk suami tercinta hanya untuk kepuasan diri. Bahagia ke melihat suami yang dahulu kita cinta separuh mati menjadi bodoh dan menurut sahaja kemahuan kita? Bukankah lebih baik belikan saja suami KOPI KELAPA DARA , anda juga nanti yang akan tersenyum gembira.

No comments:

Post a Comment

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.