Wednesday, March 18, 2009

PICNIC RINGKAS DI PORT DICKSON

Hari ni kami berpicnic ringkas je...   

Picnic ringkas? Picnic ringkas yang Miss Mirror (MM) maksudkan ialah perkelahan sehari. Kami hanya menyewa khemah-khemah lebih kurang macam kat bawah ni (RM30 separuh hari).. dari tengahari sampai ke petang lepas tu mandi-manda dan balik. Itu la namanya picnic ringkas.






Cuaca di Port Dickson terlalu panas ketika itu... rasa membakar seluruh kepala. MM memang tak turut serta turun ke laut... malas la nak men"sun burn"kan diri di bawah mentari...sekadar berada di bawah khemah baring-baring di atas kerusi malas (ada 3 buah disediakan) sambil menjamah buah-buahan potong yang banyak terjual kat situ ditemani ibu dan bapa mertua.


Kami tak bawa krim "banana boat" untuk anak-anak sebagaimana selalunya. Entah la.. orang kata, pergi sekadar pergi je. Orang terlalu ramai pada hari itu, ada yang membawa bekalan dari rumah, periuk belangga, tikar dan sebagainya. Kami memang tak bawa bekal apa-apa pun sebab pergi pun tanpa perancangan. Baju mandi anak-anak pun beli kat situ je. Ala tak mahal sangat pun. Satu helai seluar Shashal RM12 je kat gerai-gerai tu. Boleh tawar menawar lagi. Dari dulu memang macam tu... kalau nak mandi beli baju mandi baru... sudahnya banyak sangat koleksi, kami "recycle" je 7 keturunan.

Di dalam deretan gerai-gerai tu ada sekumpulan manusia sedang riuh rendah mengerumuni sesuatu. Tertarik untuk mengetahui, MM tarik si Shashal ke arah mereka. Rupa-rupanya ada sekumpulan anak muda sedang membuat kerja-kerja editing/super impose photo. 1 keping RM5... MM pun ambil la peluang tu. Kalau ikut kata-kata Ain...senang je dia jawab...
"Ala Mama... Mama boleh buat sendiri la kat rumah.... beli je kertas keras tu.."
Hai la.. anak... anak.. nak jimat pun patut2 la kan..





Sebelum kami menjemur diri di Port Dickson tu, dalam perjalanan kami singgah lunch makan asam pedas di Parit Jawa. Sebelah malam pula kami tak keluar ronda ke mana-mana, selalunya kalau dulu kami menikmati seafood di....ala lupa pulak nama kedai tu... tapi masakan kat situ memang best. Teringat dulu musim AF, MM sampai tak berganjak dari restoran tu sebab nak menonton final AF kat kaca TV di restoran tu. Nak harap tv kat hotel memang tak ada astro.

Tapi malam tu kami sekadar stay dalam bilik je (bukan bilik hotel la... bilik di rumah Makcik kepada anakandaku Ain) sebab tuan rumah dah masak sedap-sedap.

Esoknya pagi-pagi lagi kami dah bertolak balik ke "syurga". Wah! Memang betul-betul ringkas picnic kami hari itu.

*Nota utk Comei : 
COMEI - Hari ini... downline COMEI tu tak datang kerja pulak... penat je MM cari dia kat pasaraya tu. Nasib baik MM memang ada sebab musabab untuk datang ke sana tu...

Dalam MM mundar mandir tu MM dapat pulak prospek seorang anak dara yang beriya-iya nak beli Kamasutra tu, MM tak promo sangat masa tu tapi sebab dia dah sibuk pass katalog dia (jual produk satu jenama terkemuka) MM bagi satu katalog besar BIO, tapi itu juga yang dia pilih... MM memang mengelak kalau ada si bujang yang nak membeli Kamasutra.... eh seram MM... Apa agaknya dia nak buat dengan UBAT tu.. Kalau dia nak hadiahkan untuk emaknya tak apa la juga.. ni dia senyum-senyum semacam je. Macam-macam budak-budak zaman sekarang ni. Alahaii... Harap-harap MM tidak tersalah tafsir.









No comments:

Post a Comment

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...