Sunday, March 15, 2009

WARKAH KHAS UNTUK COMEI

COMEI... warkah ini MM tulis khas untuk Comei..

Percutian kami di Kashmir Comei... memang sungguh indah sekali
Kami bercerita tentang kenangan masa silam sambil disulami hembusan bayu yang sepoi-sepoi
bahasa
Anak-anak haruan dan keli berlarian di air yang tenang
udara sungguh nyaman
Pohon-pohon melambai bagai menyambut kedatangan si tuan puteri (aku la tu)
Bekal yang kami bawa memang lazat tidak terperi...

Seawal pagi, wakaf indah itu sudah dipenuhi oleh peminat-peminat joran
ada yang datang seorang, ada yang ditemani isteri, anak...
Tetapi aku Comei... aku belum melihat kelibat teman-teman yang
telah berjanji untuk datang seawalnya...
Terpingga-pingga juga aku waktu itu..
almaklum... pukul 6.00 pagi aku sudah mengejutkan anak-anakku
Sampai di pekan, terkocoh-kocoh aku bersarapan
sehingga tidak sempat menghabiskan nasi lemak di pinggan
anak-anak puas ku leter
rupanya bayangan insan-insan yang ditunggu belum kunjung datang


TETAPI!!!!!
5 minit selepas itu.... COMEI.......KO NAK DENGAR TAK COMEIII.....WOW!!!!!
Memang GEMPAK sekali COMEI..
Berduyunlah si gerangan lelaki dan perempuan
yang masing-masing berwajah hampir tidak aku kenal
entahkan bertambah uban, bersalut botox ...
atau isteri rajin memberi makan..
Kami yang wanita berbalas pelukan
kemeriahan memang dirasakan..

Justeru itu COMEI..
Warkah ini aku tulis
supaya ko berasa amat "KEMPUNAN"
tidak dapat ENJOY SAKAN
menjalani percutian indah di Kashmir..
Moga ko segera memohon kemaafan dari kami COMEI
sebab kau tidak dapat datang..

Tunggulah COMEI...gambar-gambar gempak
yang bakal aku uploadkan
sebab waktu ini
saat ini aku terlalu busy COMEI
untuk key in contact no. yang banyak aku perolehi tadi
......dari pertemuan indah itu..
Bye-bye COMEI..
semoga bulan 6 nanti ko tiada EXCUSE lagi...
JUMPA LAGI.

2 comments:

  1. seperti yg aku katakan aku x dpt dtg atas sbb yg x leh dielakkan...aku rasa ibuku lebih penting dari segala-galanya..insyaallah dilain masa kalau tiada aral aku akan bersama rakan2 semua....

    ReplyDelete
  2. ya la Mei... aku phm punnn... saja je aku ni... ha ha ha

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.