Thursday, April 9, 2009

BARU PINDAH "OFFICE" NI...

Assalamualaikum semua..

Dah lama Miss Mirror (MM) tak menyumbangkan resepi di sini ya... Maaflah sebenarnya MM sejak beberapa hari ni terlalu banyak menumpukan perhatian kepada rumahtangga.. Cewah! Tentang BISNES ON LINE tu memang la tak membebankan langsung... paling-paling teruk pun cuma kalau downline-downline menelefon mengatakan barang belum sampai. Itu je.. selainnya memang enjoy. Cuma belum sempat lagi membuat kerja-kerja shooting masak-memasak ni.

MM pun dah bertukar ke "office" baru sejak beberapa minggu yang lalu... Dah tak pakai laptop lagi dah... laptop MM yang lama tu dah diwariskan pada Ain. "Office" baru MM ni memang best sikit... sebabnya jauh dari kebisingan peti televisyen kat ruang menonton tu. MM ni memang pun suka bubuh lagu kat blog tapi MM sendiri jarang on kan.... selalu tekan mute je.

Bukan apa... kalau bising sangat nanti tak perasan Cik Q balik dari sekolah sebab office ni memang jauh dari pintu utama tu. Driver tu pun kadang malas nak turun untuk tekan bell.

Semalam terima panggilan dari teman lama.... rasa happy sangat sebab dah sekian lama tak bertemu... Topik kami tak lain cerita tentang hari-hari yang semakin nak zohor ni (eh belum asar lagi usia kami ni... muda gitchew)... Terima kasih kepada NAWAL AEIDA... awek cun kat sekolah lama MM ni dulu.  TIJB.  Lemah lembut dan sopan santun, ramai peminat.

Tak sabar nak menunggu hari reunion yang masih di dalam peracangan lagi ni. Kepada x-tijb 1989/1990 - kami akan mengadakan reunion di suatu tarikh yang belum ditetapkan... bertempat di Johor Bahru. Buat masa ni memang dah ramai yang telah dapat dikumpulkan pun... cuma tinggal tunggu masa yang sesuai je.

Buat rakan-rakan di SMKSM juga SPM 1990- reunion akan diadakan pada bulan Jun 2009 bertempat di suatu tempat yang indah di KASHMIR (Kashmir celup je ni... jangan la risau). Sebarang pertanyaan sila ajukan pada MM pun boleh. Terbuka kepada semua yang belajar di SMKSM.


1 comment:

  1. tahniah maju setapak lagi..moga2 busines anda sukses...

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.