Saturday, April 11, 2009

LANGSUNG TAK ADA IDEA NI...

Hari tu MM pusing satu shopping complex untuk mencari satu present buat hubby yang menyambut hari jadinya dalam bulan ini. Tak ada idea langsung nak beli apa.. idea dari Ain langsung tak bernas.. Beg travel?. Ah tak menarik la. Beg pun dah banyak kat rumah tu tak terpakai. Nak minta idea dari Qistina... tak ada lain tentulah coklat je... Si Fyzul yang berumur 4 tahun tu kalau MM tanya tentulah kereta mainan je la.... ha ha ha.

Baju? Dah boring la nak belikan baju... Teringat pada cadangan seorang rakan sembang, frame gambar yang kita cipta sendiri...kita bubuh gambar kita yang dah disuperimpose.. Memang dah buat pun kat rumah tadi siap superimpose dengan gambar seksi lagi... Frame tak buat sendiri, tapi beli.... dah tak creatif la nak buat2 sendiri.. Kalau rajin memang cantik jadinya... Bahan asasnya ialah :

Kertas keras
Sponge
Kain bercorak yang cantik... berbatik-batik pun bagus.. ikut suka
Plastik cover yang keras sikit
Gam UHU atau gam tembak

Caranya:

1) Potong 4 segi kertas atau ikut suka la frame tu nak buat macam mana.. sama ukuran dengan sponge..

2) Ketepikan kertas keras... ambil sponge tu tebuk di bahagian tengah. Macam frame yang kita nampak tu.

3) Lekatkan sponge yang dah berbentuk rangka empat segi tu dan ambil kertas keras yang lain.

4) Gamkan di atas kertas keras tersebut.

5) Tebuk pula kertas keras itu mengikut ukuran sponge yang sudah berbentuk frame tadi.

6) Balut dengan kain dan gamkan. Balut kemas-kemas.

7) Ambil kertas keras yang mula-mula kita potong tadi. Balutkan dengan kain dan gamkan.

8) Tepekkan rangka frame yang telah bersponge dan berbalut tadi ke atas kertas keras berbalut kain di atas.

9) Jangan lupa plastik keras anda... bubuh gambar anda di atasnya dan gamkan keduanya.

10) Sedia untuk digantung di atas dinding.. cantikkan lagi dengan hiasan bunga kering mengikut kreativiti anda.

Sorry la... tak buat kerja shooting-shooting.... Apa-apa pun MM pasti anda lebih kreatif dari MM dan anda boleh mencubanya.


Kalau nak buat frame macam ni pun ok juga... gamkan dengan potongan-potongan kayu... tapi berbaloi ke.. kecuali anda memang ada serpihan-serpihan kayu yang terbuang.. Tak pun macam kat bawah ni.. bubuh la batu-batu yang cantik..
Anda nak tahu... sudahnya MM belikan apa untuk hubby?? Sebelum hari sudah merangkak ke senja... kerana dah terlalu buntu... MM menelefon hubby... Ain kata...

"Apa la Mama ni... tak surprise la macam ni..."

Hubby cakap dia tak nak hadiah apa-apa.... just belikan kek... so, kerana dah terlewat sangat.. MM pun segera la ke kedai kek berhampiran dan balikk.... Malam tu juga MM bungkus frame yang berisi gambar superimpose tu dan packing untuk ke destinasi percutian bersempena hari jadi suamiku yang tercinta... Percutian dalam negeri je... sebab MM yang belanja... hmm memang best menghirup udara segar di tepian pantai ari tu.. nanti MM uploadkan gambarnya ya.





No comments:

Post a Comment

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.