SEKADAR GAMBAR HIASAN - Tiada kaitan dengan artikel
Kisah sahabat nabi; Abdul Rahman Bin Auf. Ketika mana beliau baru berhijrah, maka segala harta benda kekayaan yang dimiliki di Mekah, di tinggalkan begitu sahaja. Maka sesampainya di Madinah, beliau pun bertemulah pihak ansar. Setibanya dia, pihak ansar menawarkan sejumlah harta kekayaan. Namun Abdul Rahman Bin Auf telah menolaknya, sambil berkata;
“Pinjamkan aku 10 dinar. Dengan duit ini aku akan berniaga dan setelah itu aku akan pulangkan kembali kepada kamu wang ini”.
Setelah itu, beliau pun bergegaslah ke pasar. Kedatangannya di pasar telah menarik perhatian seorang yahudi. Maka yahudi itu pun mengekorinya. Tanpa mengesyaki sesuatupun, beliau singgah di sebuah kedai yang menjual unta. Unta itu pun di dibelinya dgn harga 10 dinar. Lalu ia berjalan ke suatu sudut pasar. Si yahudi yang mengekorinya pun menyapa,
“Jualkan aku unta ini dgn harga 10 dinar”.
Niat si yahudi itu adalah untuk memperbodoh-bodohkan Abdul Rahman Bin Auf; yang diketahuinya sebagai salah seorang peniaga yang mashyur di Mekah dahulu.
Abdul Rahman Bin Auf tanpa memikir panjang, ia pun menjualkan unta itu. Tercenganglah si yahudi itu.
Mungkin anda tertanya2, apakah untungnya Abdul Rahman Bin Auf membeli unta 10 dinar dan menjualkannya semula 10 dinar…
Jawapannya adalah…….. beliau telah menyimpan tali pengikat unta tersebut, sebagai keuntungan daripada penjualan tadi. (maknanya si yahudi itu terpaksa beli tali pengikat yang baru untuk menarik unta tersebut).
Tali itu pun diniagakan kembali, dirolling beberapa kali sehinggalah beliau kembali menjadi salah satu sahabat yang bukan sahaja kaya raya, malah jutawan ilmu serta berbudi pekerti.
Moralnya dari cerita ini ialah….. berniaga la apa sahaja.. asalkan halal… daripada anda tak buat apa-apa langsung.
No comments:
Post a Comment
"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.