Tuesday, April 21, 2009

TAKUT DENGAN PERTAMBAHAN USIA?

Takut dengan pertambahan usia?

Hai all.... 2,3 hari ni senyap sunyi je blog MM ni kan... saja... azam baru... nak jadi pendiam pulak. He he he.

Aktiviti apa yang MM buat sepanjang minggu lepas? Balik kampung.... then sebelum tu menghadiri satu perjumpaan... MM terjumpa kawan seperjuangan (berjuang di arena rumahtangga).. MM ni memang satu kepala dengan seorang mak budak tu yang MM panggil H. Kalau nak cerita bab alat solek ke... bab-bab nak jaga badan ke memang boleh masuk la dengan H ni.

Bercerita dari satu jenama ke satu jenama sampai macam tak cukup masa je masa tu... nasib baik suami memasing duduk selang berberapa meja dengan kawan-kawan mereka (kami terjumpa di satu function).   So, harap2 mereka tak dengar la topik2 kewanitaan yg kami bualkan.

Tersebutlah alkisahnya H ni menyuarakan rasa gusarnya menempuh usia di ambang 40an setahun lagi. Sekarang dah 39 tahun. Tak sangka pulak Minah ni yang memang pada perkiraan MM memang masih bergaya dan cantik orangnya... takut pulak nak masuk usia 40. He he he... harap-harap H ni janganlah termasuk kat blog MM ni...kang marah pulak dia MM cakap macam ni... Eh tak la.... MM saja nak kongsi dengan anda di luar sana... adakah anda juga takut menghadapi pertambahan usia?

Dalam minggu ni je dah 3 orang kawan MM yang MM jumpa takut menghadapi usia 40....

Ermmm....... ya ke??? Kalau MM pulak sebaliknya. Memang la kalau nak dikirakan lagi 4 tahun cecah usia 40 tu tapi sebab dah dari usia 25 tahun lagi MM memang dah perasan jadi tua... sebab tu MM dah memang bersedia dari awal lagi.

Cuba kita fikirkan yang indah-indah menjelang usia 40-an :

1) anak-anak dah besar - kita boleh keluar date dengan suami sesuka hati.
2) duit dah banyak - agaknya la... hahaha.....mudah-mudahan.
3) suka-suka hati nak ngeteh dengan kengkawan lama (ya la masing2 anak dah besar)
- ngeteh kat tempat yang ekslusif la... MM nak ngeteh dengan COMEI ke...dengan Uwei
ke, dengan LM ke....(boleh ke LM?) pegi shopping2
sebab suami pun dah jadi ahlil masjid masa tu... aminnn.... mudah-mudahan.
4) dah boleh pergi menunaikan haji sebab anak dah besar, insyaAllah
5) dah tak nak fikir apa lagi... (sebab kubur dah kata mari... ha ha ha)

Apa yang anda bimbangkan tentang usia yang semakin meningkat?

Tentang masalah dalaman? Bioasli ada menyediakan produk-produk terbaik untuk anda cuba... jangan lupa daftarkan keahlian anda di :


Buatlah pelaburan sekarang untuk kekal segar dan awet muda walau dah berusia.

Ada apa-apa lagi yang indah di usia ambang 40 an yang terlintas di fikiran anda? Boleh kongsikan di sini... atau mungkin ada yang berangan nanti dapat menantu.... dapat cucu...

1 comment:

  1. MM ok la usia 40 anak dah besar..huhuhuhu...comei lak umur 40 anak masih baby lagi..apa boleh buat..rezeki dtg lambat...x pe biar lambat dari x merasainya...

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.