Monday, May 11, 2009

KEPULANGAN

Lama dah MM tak pulang ke "Kashmir"... tiada banyak perubahan di kampung melainkan anak-anak sedara MM yang dah semakin membesar dan pandai bergaya.

Berita-berita sensasi kat kampung pun nampaknya macam tak berapa ada. Alhamdulilah.

Teringin MM ke tasik.... tapi tak ada pula orang mempelawa MM ke sana. MM balik kampung berhantar kereta hubby sementara beliau ada tugasan lain. Kalaulah ada kereta kancil buruk tersadai bawah rumah, dapat jugak MM mengambil angin di kaki bukit tepian tasik tu...

Puan CTikus ada juga mengajak MM membonceng motor menikmati keindahan kampung halamanku yang indah nan permai...pohon kelapa sawit melambai-lambai tetapi mengenangkan anak-anak MM yang seramai 3 orang tu... hai... terpaksa la MM membatalkan saja niat itu.

Sempena Hari Ibu.... Ain hadiahkan mamanya .....


Yang ni dari Qistina ....



Danish anak sedara MM yang suka tersenyum ni membuat MM teringat-teringat bila balik ke "Syurga". Baru je 7 bulan... best dapat tengok dia menangis sebab tertomos masa meniarap kat bawah pokok kopi, MM dan emak berpicnic kat kebun, membentang tikar sementara menjaga Danish ni, emaknya sibuk mandi dan membuat persiapan berbuka (puasa... MM je yang belum start lagi ni)... kalau tak kerana tetomos tu...memang kerja si Danish ni asik tersengih je. Entah apa yang disengihkannya... mungkin gembira dapat berjumpa Makciknya yang anggun ni kot?



Alahai Danish... bila la lagi Cik M dapat jumpa Danish lagi... tunggu la nanti Cik M ada reunion dengan kawan-kawan Cik M yang entah kan Cik M dapat pergi atau tak..
Macam-macam perancangan di musim cuti sekolah.... harap-harap Cik M dapat pergi la...mudah-mudahan..... Aminn...


1 comment:

  1. yuhu!!! seawal pulang dr kashmir ko mencoret ye..kabare wong kashmir, waras? ko br blk dr kashmir aku kena ckp bahasa kashmir la.tp pelik kan kat kashmir ada pokok kelapa sawit n kopi. setahu aku cuaca kat sana tak sesuei. Perjumpaan??? entahlah MT tak bersidang lg pun...

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.