Friday, May 15, 2009

SELAMAT HARI GURU

Bersempena Hari Guru pada 16hb Mei ini, MM ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Guru buat insan-insan yang telah banyak berjasa kepada MM selama ini.

Tiba-tiba MM teringat sewaktu membaca sajak bertajuk GURUKU di kantin sekolah SMKSM bersempena Hari Guru 20 tahun lepas... lebih kurang macam ni isi sajak tu...

Guruku
Kau berhati mulia
berjiwa suci lagi murni
umpama mutiara yang berharga

Guruku
Jasamu tetap dihargai
tetap kukenang setiap ketika ......
bla bla bla...

Eh sorry lupa pulak.... biasa la... dah 20 tahun dulu... macam mana kita nak ingat lagi bait-bait sajak tu ... yang disediakan oleh Cikgu ... alamak lupa pulak Cikgu BM masa tingkatan 2 tu sapa ya? Cikgu Mostaman kot? Yang MM ingat Cikgu Mostaman yang beri kepercayaan untuk baca sajak tu di perhimpunan petang sebab beliau Penyelia Petang ketika itu.

Buat Cikgu Mostaman, Cikgu Janis, Cikgu Fahmi, Cikgu Yaacob, Cikgu Noraini yang kusayang, Cikgu Tan, Cikgu Janatu (eh betul ke ejaan beliau ni?), Cikgu Bakar, Cikgu Ramli .... MM ucapkan selamat hari guru dan salam ingatan dari MM...

Yang telah kembali ke rahmatullah... alfatehah kepada Cikgu Rahman dan my marvelous teacher Cikgu Uyob.

Tidak lupa Cikgu-cikgu di SMP - Cikgu Misliah Yakin, Cikgu Dewi, Cikgu Asmah dan yang lain-lain.. alamak lupa la nama...

Buat Cikgu-cikgu di SKTS - Cikgu Tawahid, Cikgu Kandir... and my favourite teacher of course Cikgu Rupi'ah, tidak lupa kepada Cikgu Asiah, Cikgu Harnek Singh, Cikgu Ting Jam Bok dan Cikgu yang kusayang Cikgu Nora.... di mana la cikgu B.I ni skrg ya? Tidak lupa buat Cikgu Melan, Cikgu Junaidi dan sorang lagi Cikgu Mohd Zain.

Eh nama-nama cikgu sekolah rendah lagi senang pulak MM nak ingat ya... hmmm pelik pulak..

Cikgu Tawahid tu adalah guru pertama yang mengajar MM mengenal ABC. Terima kasih Cikgu.. Cikgu memang baik hati.

Buat guru-guru di TIJB - Cikgu Kassim, Cikgu Raja, Cikgu Norran Abu Samah, Cikgu Zabedah Warjan dan yang lain-lain lagi.

Buat guru-guru di sekolah agama... Cikgu Buang (lamanya MM tak jumpa Cikgu... kata org.. Cikgu masih maintain mcm dulu), Cikgu Rahman, Cikgu Sarbini dan Cikgu Jamian..

Andainya Cikgu termasuk ke ruangan ini, MM ingin mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala tunjuk ajar..... ah sedih la MM bila teringat peristiwa manis di zaman sekolah dulu.... best la... tapi kita hanya manusia biasa... zaman itu sudah berlalu... jerit pekit suara Cikgu di papan hitam hanya tinggal nostalgia buat kami semua.

Kalau Cikgu tertanya-tanya siapa MM... MM adalah singkatan untuk Miss Mirror, nama sebenar bermula S, seorang Pengawas di SKTS, SMKSM dan SMP....... MM adalah anak murid Cikgu yang dulunya nakal.. suka buat kontroversi... he3. (Terutamanya di TIJB dan SMP).... Maaflah Cikgu ya...

Bersempena HARI GURU ni... saya tujukan lagu KETULUSAN HATI dari ANUAR ZAIN ni untuk Cikgu semua... best la lagu ni Cikgu... memang tulus saya hadiahkan untuk Cikgu semua.

2 comments:

  1. dengar kata cikgu bakar pun dah meninggal betul ke, kalau salah minta maaf. cikgu bakar yg mengajar math mod. Sebahagian cikgu mu cikgu ku jua...kdg2 bila terjumpa cikgu2 rasa mcm nak menangis ucap terima kasih kat depa.....ada ubi ada batas berbudi pasti berbalas, mkn dlm bentuk lain

    ReplyDelete
  2. Ya.. aku dgr pun mcm tu...kata meninggal kerana sakit..

    Ko pernah dgr tak...kalau kita nak berjaya dalam hidup, kita perlu menghormati: ibu bapa dan guru?

    Ada sorang kwn aku tu (nama sebenar dan nama sekolah dirahsiakan), dia ni pandai sangat..kira genius tahap apa tak tau la....pendek kata, Math tu dia tak payah belajar pun dah boleh score...

    Tetapi bila keluar result.. satu subject dia fail.. dia muhasabah diri... oh baru dia teringat... dia suka melawan guru yg mengajar subject tu..

    So, buat adik-adik semua... dengarlah cakap Cikgu ya! Supaya tak menyesal kemudian hari.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.