Wednesday, July 22, 2009

Bagaimana Anda Keluar Dari Kesedihan???

Hai... Assalamualaikum semua!!! 

Harap-harap anda happy sebab MM pun sentiasa berusaha untuk happy. Sbg seorang muslim, cara terbaik ialah membanyakkan solat, berdoa, berzikir dan mengaji. MM kalau sedih selalunya  contact kawan-kawan rapat. Dapat "ayat keramat" sepatah dua dari kawan-kawan dah cukup untuk hilangkan kesedihan. Tapi kena ingat! Jangan tersalah memilih kawan ya! Kadang bukan memberi nasihat yang berguna, malah umpama "meracun" kita menambah bebanan yang sedia ada pula. 

Mengembara

Kalau kita ke negara luar, kita berjumpa orang-orang baru, persekitaran baru... memang hati kita lapang. Terasa seperti di dunia lain pula... tapi tak semua orang mampu berbuat demikian. Lain la kalau kita ni pergi dengan bawa "poncot" je berjalan kaki, naik sampan. 

 
MM kagum dengan wanita-wanita kulit hitam yang MM temui di Mekah, difahamkan mereka ini berjalan kaki berjuta batu untuk sampai ke Mekah yang dari tempat tinggal asal mereka. Barangan yang mereka jual seperti inai, hati unta, kayu kokka dan ada juga tudung dan jubah. Mereka begitu tabah  berjualan  di kaki-kaki lima, malah ada yang membawa anak kecil yang masih menyusu, berpanas, kadang berlari sekuat hati dek dikejar oleh pihak berkuasa kerana membuat dagangan tanpa permit. 

Pernah MM ingin membeli 10 helai stokin, belum sempat MM bayar tetiba awek kulit hitam ni tetiba berdezup lari menghilangkan diri, sudahnya MM letak je stokin2 tu kat situ, mudah-mudahan awek tu dapat balik la stokin yang belum berbayar tu tadi. Rupa-rupanya memang itu cara mereka berjualan... pot pet pot pet.. lepas tu bila ada polis lari bertempiaran tak kira la bakal kerugian atau tidak, yang penting mereka selamat. 

 Justeru itu, apabila kita melihat kesusahan hidup orang lain seperti ini, kita akan jadi lebih bersyukur menjadi diri sendiri. Kita bersyukur sebab pagi ini kita masih diberi ruang untuk bernafas sekali lagi, mengadap PC, anak-anak sihat... sekurang-kurangnya anak kita di dalam rumah ketika kita bekerja misalnya.. bukan la berpanas di bawah mentari seperti Makcik kulit hitam tadi. Bukanlah juga di bawah pokok getah. (Teringat MM pada anak saudaraku S yang ibu MM jaga ketika S masih bayi.. didodoi di bawah pokok getah ketika itu sebab ibu MM menoreh, emak S pulak sakit.  Sobszz).

Membaca

Hilangkan stress dengan membaca buku-buku ilmiah, novel dsbnya. Bacaan yang paling sesuai di kala sedih ialah seperti "Jalan Menuju Ke Syurga" atau biar insaf sikit cari la buku-buku yang berkaitan tentang "Azab-azab Neraka". 

Perlu diingat bahawa kesedihan yang kita alami bersifat sementara. So, bersabarlah menghadapi liku-liku hidup ini. Alhamdulilah MM dah selesai mengirimkan kad jemputan untuk budak-budak B3 x-tijb. MM tawakal je la... harap2 bukan MM la yang bakal mendapat "hadiah kesian" tu... Nak tau apa itu hadiah kesian... hadiah untuk wakil kelas (MM wakil B3) yang mendapat penyertaan paling sedikit. Oh ya... untuk pengetahuan anda semua... Dinner (reunion) tersebut bakal diadakan di HOTEL THISTLE (formerly known as Hyatt). Pegi ya... jangan tak pegi. Kami nak buat aktiviti gempak ni! Surprisee!!!!! And.... don't miss out on our tarian poco-poco!!!!

4 comments:

  1. Hari ini mentari dilanda gerhana, umpamanya begitu jiwa manusia ini Allah ciptakan bertukar variasi. Ada kala gembira, sedih, tersisih. Segalanya saling berganti. Itulah yang dipanggil warna-warna kehidupan. Jika saya, saya lebih suka menyibukkan diri dengan bertemu prospek dan pelanggan baru. Ia sungguh menyeronokkan. Separuh kenalan saya merupakan orang MLM. Saya tidak mahu menterbataskan kenalan kepada sesama pendidik sahaja, kerana mereka selalunya bercerita tentanmg bebanan kerja yang tiada sudahnya itu. Semoga anda sentiasa ceria dan bahagia.

    ReplyDelete
  2. Good idea bro.. tapi sebenarnya lelaki paling mudah nak releasekan tensen mereka.
    Keluar ngeteh dengan kawan-kawan je dah hilang sikit kesedihan tu.

    Ada kawan I tu... dia kata kalau nak hilangkan sedih, dia menangis sepuas-puasnya. Ish.. nanti buruk pulak muka asik menangis je, mata bengkak.

    Ada sorang mamat tu pulak dia kata, kalau dah sedih sangat.. dia masuk bilik air, lepas tu bukak shower, then duduk la kat situ lama-lama kat bawah shower tu serta membayangkan segala masalah hanyut melalui pancuran air tu.

    He he he...

    ReplyDelete
  3. kalau ko jemput aku menari poco-poco sure hilang semue ketensionan aku..

    ReplyDelete
  4. Ok.. ko wakilkan aku menari poco-poco ya... aku bukan reti sgt pun.. Takut nanti tersalah rentak jadi tarian pocong pulak.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.