Friday, July 10, 2009

MALAM YANG SEPI.......

Haiii apa khabar semua? Lama MM tak buat posting kat sini... entah ler kenapa hatiku menjadi begitu berat untuk memulakan bicara. Kelu lidah berkata-kata. Bagai ada emas yang tersembunyi di balik kerongkongan.

Ahh merepek sahaja orang tua ni? Sekarang bukan waktunya lagi untukku berjiwang sakan. Zaman itu sudah berlalu terlalu lama. Waktu nak mengada-ngada dah lama berakhir.

CAKAP BAIK ATAU DIAM.... kata-kata ini pernah aku terbaca... tapi di mana ya??? Oh.... apa bener ya Pak? Tapi gue bukan seorang yang pendiam loh Pak....

Tapi tak mengapa... sebelum blogku ini menjadi statik tak bergerak-gerak, izinkan diriku terus berbicara bagi mengisi ruang malamku yang kosong dan sepi ... mengapakah malam ini..kicauan burung bagai terhenti bernyanyi? Rembulan bagai sirna? Ke mana hilangnya hilai tawa Miss C jiran sebelah rumahku ini? Mungkin menghadiri function, karaoke atau apa?... Ah sejak bila pulak aku menjadi begini busy body?

"Mama... tolong la ajar Qistina buat spelling ni..." rengek anak daraku yg nombor 2 itu..

"Mama... Cikgu suruh buat kuih ni.. esok kitaorang nak buat pertandingan". Pertandingan apa pulak la si Ain ni?? Last-last kami buatkan je pan cake cara malas tu... bukan susah sangat.

Prangg!!!! Aduhhh apa lagi? Ini mesti kerja si Shashal... penat sudah aku menyusun kereta-kereta mainanan kesayangannya di dalam almari, dikeluarkannya semula.. bertaburan di lantai. Macam ni.. mana la mama tak penat sayang oii...

Ah.... tak jadilah nak teruskan bicara ini sebab aku perlu melayani tangisan si Shashal yang kehilangan kereta kesayangannya tu... itu la sebenarnya alasan aku mengapa blog ini menjadi statik... busy, busy dan busy... byeee.















9 comments:

  1. Monroe dipuja jutaan peminat,termasuklah diminati mendiang Presiden Kenedy tetapi dia kesunyian lalu menelan pil tidur, hebatnya Monroe pada tahun 60-an samalah seperti Michael Jackson hari ini.Michael juga kesunyian dan akhirnya dia pergi lebih awal daripada yng dijangkakan. Justeru, ceria-ceriakanlah hidup kita dengan sesuatu yang dapat membahagiakan kita. Jumpa lagi.

    ReplyDelete
  2. sering2lah menampar diri, selamilah perasaan..., bila tersandung-jatuh-merangkaklah dan bangkitlah. tempeleng dan ditempeleng, squeezing-the-brain attitude, be good...feel good..ohh..goody-goody, keceriaan hati adalah satu kekayaan hidup??!....hmmm..

    ReplyDelete
  3. Arbain...ingin juga aku melayari blog ente, tetapi mana ya? Aku suka baca blog2 orang (politik) macam chedet.co.cc,(hiburan)spt aznilnawawi.blogspot.com, jadi aku tak pernah kesunyian. Kalau lelaki takut kesunyian, kenalah tambah cawangan...(ni bab paling sensitif bagi semua wanita yg normal).

    ReplyDelete
  4. nantilah atas permintaan ramai insyaAllah saya akan bt satu blog khas utk kengkawan. blog yg satu tu saya dah tak berani maintain atas sbb yg tak blh saya nyatakan...

    TUNGGUuuuuu!!!!!

    p/s: pekanmedan.blogspot tu bolehlah dikatakan blog bersama rakan2 hingusan, bnyk post merapu sy kt sana

    ReplyDelete
  5. Wah wah korang berdua niiii... bila lelaki berbicara sesama mereka.. tak lepas isu "cawangan2" ya... Amboiiii...

    Penat ni baru blk dr kg.. tak de sunyi2... aku happy je ni. Menampar diri? Yes.. aku akan belajar menampar diri agar sentiasa ceria sepanjang masa, tak nak aku klu jd Marilyn Monroe tu..aku nak hepiiiiiii!!!!!!

    ReplyDelete
  6. buka cawangan??..anak murid kena ikut ckp cikgu...betul kan cikgu? nanti tak berkat ilmu yg cikgu bg..

    ReplyDelete
  7. PROVOKASI dah menjadi nampaknya! Ternyata sam wanita yang normal, bukannya paranormal.

    ReplyDelete
  8. hmmmm....cepat je kan masa berlalu...kalo dlu i ni anak dara...skrg da jd mama kpd seorang anak dara kecilku, najah..

    kalo dlu leh tido @ kelua k mana2 tanpa batas...bezanya skrg aku tidak boleh lg selfish....ad nya anak ni mbolehkan kt mengatur tatacara hidup dgn lbey tsusun...maklumlah...ade anak, ader jdual myusu,tukar diapers die..n sgl mcm...hahaha

    even msih baby, tp sbnany perlu lbih perhatian..ap lg kalo da besa nti...takot ak melihatkan dunia yg semakin tua,penuh dgn sgl mcm perkara.

    what ever....ape pum....dpt jgk cntct u sec maya nih...amcm ddgn dress yg tailor cik buat?huhuhu...da siap ka?

    ReplyDelete
  9. Eh kat sini plak si Nurul Adiah ni tinggalkan komen. Sib baik Cik kau ni terperasan. T.kasih jenguk Cik kat blog.

    Baju yg tailor tu buat? Dah siap dah alhamdulilah. Cantik.. muat2 kat badan. Pandai dia jahit walau labucinya tak ikut yg Cik cadangkan.

    Eh pesal la blog ko tu Cik mcm tak bleh nak clik jer? Blog ke email tu? yg nama Adea tu?

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.