Thursday, July 2, 2009

TERKURANG KERJA PUNYA CERITA....

Malam ini oleh kerana terkurang kerja, Miss Mirror membelek semula dairy 1989.... mungkin sebab siang tadi dah tertidur lama sangat sebab tu bila malam susah nak tido.. Bila baca balik dairy tu baru la teringat balik nama-nama yang hampir luput di ingatan, siap ada contact no. lagi.... itu sudah cukup baik.... kebetulan MM dilantik menjadi AJK bagi membantu menjejakki budak-budak kelas MM untuk Grand Reunion akan datang yang sebenarnya masih belum diputuskan lagi di mana, mungkin Gunung Ledang tu tak jadi kot. Kita tengok la nanti macam mana keputusan majoriti.... nanti MM update lagi kat blog ni ya... Selain dari itu, untuk program terdekat ini pula kami bakal mengadakan LADY PARTY..... so, buat anda x-TIJB 1989/90 yang bergelar Lady sahaja.... sudi-sudikan la ya hubungi kami .... tarikh dan tempat belum diputuskan. 

Ada baiknya buat lady party ni.... boleh la kita bersantai-santai, bergossip-gossip dgn berpakaian ikut suka ati kitalah.... sebab nama pun Lady Party kan? Sapa je yg nak tengok. Acah jerr.... pakaian tu jaga la kan... dah tentu nanti kita nak bergambar.. Tak tahu lagi... nak buat kat JB ke KL ke.... itu terpulang juga pada pilihan majoriti. Alamak cerita pasal party pulak.... sebenarnya tadi posting ni bertajuk DAIRY.... You all rasa gila tak ya kalau kita baca balik dairy lama ni? Macam kurang kerja pulak ya? Tak apa sebenarnya bila kita baca balik dairy lama ni ianya seperti terapi supaya kita kembali muda.... ya kerr???? Teori siapa ni ya?.

Dalam dairy lama 1989 MM tu nama-nama yang berulang menjadi sebutan di sana ialah SI COMEI,  NAWAL,  NIZAYATI.. (hai Yati... napa berkunjung ke blog I tak antar komen???).... nama-nama lelaki juga ada tapi tak payah sebut kot... bahaya nih... kang ada pulak orang saman MM ni.... Tapi tu la.... dengan membaca dairy lama tu baru la MM sedar rupanya anda semua sudah terlalu lama mengisi ruang kehidupan MM selama ini.... terasa syahdu pulak ya... hingga kini you all masih dapat dihubungi walau hanya di alam cyber. Sebab tu sekali sekala dapat reunion MM tak akan lepaskan peluang itu. Alamak dah pukul 12.30 malam.... nak tido la...bye...

4 comments:

  1. wah nama aku pun ada ya..ni mesti aku selalu kutuk ko kat sekolah dulu kalau x pun ko kutuk aku...biasala masih hingusan lagi...kata org tu akal x panjang lagi...tapi semua itu tinggal memori..memori yg indah...

    ReplyDelete
  2. Don't worry.. semua yg termaktub di dlm dairy aku tentang kau Comei adalah yg baik-baik belaka.. Memang aku sendiri pelik.. kenapa dulu aku boleh menulis dairy dgn begitu detail sungguh. Klu boleh tiap inci pergerakan dari Subuh sampai tidur tu nak dirakamkan. Punyalah hingusan dairyku itu. Baru 16thn la katakan.

    ReplyDelete
  3. alah ndok bocah kan mmg ngono..anak ku pun podo, lek nulis dairy ngomonga sing dowo2

    hati bersih lg...jujur...skrg? harap masih sama tp tak serupa

    ReplyDelete
  4. OOo kue nyolong boco dairy anakmu yo lek?

    Tapi memang gelihati klu dikenang.. ada ke boleh tulis kat diary tu tentang masalah cinta org lain.. kan ke kurang kerja tu namanya.

    Contohnya... kisah si X dingorat si Y.. Si x mengadu.. itu pun siap tulis kat dairy sendiri apa masalah si X tu panjang lebar .. punya la jujurnya tu ya. Masalah kawan pun nak tulis kt dairy..

    Tapi aku respek la Allahyarham Cikgu Rahman... masa spot check kat sekolah tu... aku bawak tau dairy tu kat sekolah..punya la menggeletar aku ni (ya la takut gak klu2 rahsia cinta monyet aku terbongkar ke apa) tapi dia tak baca pun dairy aku tu, malah pulangkan balik pd aku dgn senyuman.. ala agknya dia tau kita ni kan budak-budak. Dah tu tujuan spot cek tu kan sbb kes kehilangan duit ke apa masa tu.. aku lupa lah.

    Al-fatehah utk Cikgu Rahman. T.kasih cikguuu....

    p/s : x,y hanyalah contoh shj ya.. tiada kena mengena dgn yg hidup atau pun yg mati.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.